Friday 15 August 2014

"SAYA MASIH SAYANGKAN ROMIE" - HANEZ SURAYA

No comments :


Bercakap kepada Berita Harian, Hanez Suraya memberikan hint yang hubungan cinta antara dirinya dengan Romie sudah berakhir atas sebab tekanan ramai pihak.

Namun, kenyataan terbarunya hari ini menimbulkan lagi persoalan apakah benar hubungan mereka berdua telah berakhir atau masih diteruskan?

Hanez Suraya rela hubungannya dengan Romie berakhir tetapi Romie pula terus berusaha menawan hatinya dan membuatkan Hanez lemah dan semakin sayang serta tidak dapat menjauhkan diri.

“Saya sendiri kasihankan anak mereka. Malah di saat kes mereka terus berjalan, saya berkecil hati sebenarnya kerana terus-terusan dianggap sebagai punca kepada apa yang terjadi membabitkan mereka. Saya terus dipersalahkan. Benar, saya tak nafikan saya hadir dalam hidupnya pada waktu yang salah,” jelas Hanez.

“Tapi saya tak mampu melawan kehendak takdir. Saya pernah terdetik untuk putuskan hubungan ini tetapi dia terus mencuba untuk memiliki saya”

“Malah saya cuba membawa diri untuk menjauhkan diri daripadanya tetapi semakin jauh saya cuba lari, semakin kuat pula usahanya untuk memenangi hati saya. Saya masih sayangkannya. Anaknya pun memang rapat dengan saya,” tambahnya lagi.

Hanez Suraya bakal menyambut ulangtahun kelahirnya pada 22 Ogos ini mendedahkan dia telah lama tidak mendapat tawaran berlakon dari mana-mana pihak dan sepanjang tempoh ini, dia mula belajar ilmu dan selok belok perniagaan. 

No comments :

Post a Comment