Friday 12 September 2014

MUHYDDIN TAK MAHU JAWAB, HISHAMUDDIN JAWAB BERITA PALSU

No comments :

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan laporan berita Malaysia menawarkan kepada Amerika Syarikat menggunakan salah satu pangkalannnya untuk menjadi pusat mendarat pesawat pengintipan maritimnya.

“Tidak benar,” katanya ringkas apabila soalan itu dibangkitkan di sidang akhbar di Tumpat hari ini.

Beliau enggan mengulas lanjut, hanya mengatakan laporan agensi berita antarabangsa Reuters itu palsu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menolak soalan itu, meminta pemberita merujuk perkara itu kepada Hishammuddin.

“Anda perlu tanya menteri pertahanan,” katanya, lapor TMI.

No comments :

Post a Comment