ody BARABEREH: MH17
Showing posts with label MH17. Show all posts

Saturday, 23 August 2014

"ADAKAH MANGSA MH17 LEBIH PERWIRA DARI SUAMI KAMI ?" - LUAHAN HATI BALU PERWIRA LAHAD DATU

No comments :

Luahan hati Balu Perwira Lahad Datu


Kenapa begitu hebatnya kerajaan menyanjung ketibaan mangsa pesawat MH17? Kenapa tidak kepada suami kami yang terkorban semasa pertempuran di Lahad Datu dulu? Adakah mangsa pesawat MH17 lebih ‘PERWIRA’ dari suami kami? Oh negara, adilkan ini? Malaysia tanah airku..

Nukilan hati seorang Perajurit


Istiadat Penghormatan Negara terhadap Mangsa Tragedi MH17

Kehadiran DYM Agong, Perdana Menteri dan Menteri Kabinet. Siap berkabung seluruh rakyat Malaysia. Siapa dan apakah semua penumpang rakyat MAlaysia yang terlibat dalam nahas tersebut seorang wira dan pahlawan negara yang terkorban sama seperti pasukan keselamatan yang gugur dalam misi luar negara yang terkorban di Bosnia Herzegovina?

Adakah istiadat penghormatan negara diadakan sama seperti wira-wira pahlawan yang gugur dalam tragedi pencerobohan di Lahad Datu demi mempertahankan kedaulatan negara? Sama-sama kita fikir-fikirkan dan renungkan.


Begitulah luahan dan nukilan hati yang tersebar di smartphone orang ramai melalui aplikasi WhatsApp, WeChat, Telegram dan sebagainya. Nyata ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan mengadakan istiadat perkabungan besar-besaran untuk mangsa nahas MH17.

Menurut seorang forumer, suasana kesedihan yang melampau ini dicipta oleh pihak Media yang langsung tidak menjaga hati dan perasaan keluarga MH370 dan Lahad Datu. Waris keluarga mangsa MH17 memang bersedih, orang ramai juga turut bersimpati, tetapi keluarga yang lain kehilangan orang tersayang juga perlu dijaga perasaan mereka. - My Media Hub

Friday, 22 August 2014

MH17: 3 GAMBAR SAYU ANAK PRAMUGARI MENANGIS DEPAN KERANDA IBU

No comments :

Muhriz Marzaidi yang baru berumur 10 tahun tidak dapat menahan air matanya sejurus melihat keranda ibunya.

Muhriz yang dilihat amat merindukan ibunya itu dilihat menangis teresak-esak dihadapan keranda Mastura Mustafa seorang pramugari MH17 yang turut terkorban dalam nahas tersebut.


Muhriz adalah satu-satunya anak lelaki, waris kepada Mastura Mustafa

Thursday, 21 August 2014

MH17: 31 GAMBAR SUASANA SAYU DI HARI MALAYSIA BERKABUNG

No comments :
1. Penerbangan khas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ETA 0940 #mh17



2. 17 keranda dan 3 bekas abu mayat. Inilah wajah-wajah mangsa tragedi #MH17



3. Van jenazah sudah bersedia menanti kepulangan mangsa nahas MH17 di Kompleks Bunga Raya. Semoga upacara berjalan lancar



4. Duta-duta antrabangsa turut hadir memberi penghormatan terakhir di Kompleks Bunga Raya KLIA



5. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Hishammuddin Hussein tidak dapat menahan kesedihan memeluk ahli keluarga mangsa nahas tragedi #MH17.



6. Pesawat khas MAS yang membawa pulang 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17, telah mendarat di KLIA pada 9.54 pagi ini




7. Ahli keluarga nahas #MH17 menahan sebak ketika pesawat yang membawa jenazah tiba di Lapangan terbang KLIA


8. Kakitangan Penerbangan Malaysia (MAS) termasuk kru teknikal, pramugari dan pramugara berkumpul di hadapan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini untuk menzahirkan rasa simpati pada majlis penghormatan jenazah.




9. Upacara memasukkan keranda ke dalam van jenazah sedang berlangsung




10. Anggota tentera mengambil tempat untuk mengusung keranda jenazah mangsa #MH17



11. Noriah Daud, 57, ibu pembantu juruterbang Ahmad Hakimi Hanapi tidak dapat menahan sebak sebaik keranda-keranda mangsa MH17 diturunkan dari pesawat



12. Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi, Sharifah Asma’a Syed Alwi Al Junied kelihatan bersama-sama anakanda beliau. Semoga beliau tabah dan sabar menerima dugaan ini



13. Ahli keluarga membaca Yassin ketika keranda dibawa masuk ke van jenazah



14. Sementara itu, di tempat lain, Guru-guru dan seluruh pelajar Sekolah Kebangsaan Subang turut mengadakan bacaan yassin.




15. Persiapan untuk pengkebumian jenazah Allahyarham Mohd Ali di Kg Raja Pagoh Johor. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman



16. Persiapan di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya untuk pengebumian Ahmad Hakimi Hanapi dan Nur Shazana Mohamed Salleh



17. 10:55 pagi, kesemua 20 jenazah selamat dikeluarkan dari pesawat. Van jenazah mula meninggalkan perkarangan Kompleks Bunga Raya, KLIA untuk dibawa ke masjid





18. Detik bertafakur seluruh Malaysia





19. Dua orang wanita bermurah hati edarkan 600 sandwich percuma kepada orang awam di KLIA pagi ini.



20. JURURAWAT bersama pesakit bertafakur selama 1 minit sempena Hari Perkabungan Negara bagi memperingati Istiadat Penghormatan Jenazah Mangsa Tragedi MH17 di Hospital Pakar KPJ Johor.




21. Petugas MAS tidak dapat menahan sebak




22. Di Lebuhraya Persekutuan, pemandu berhentikan kereta untuk bertafakur.

Kredit foto Friends of Barisan Nasional & Facebook Rakyat Malaysia

Monday, 28 July 2014

#MH17: DATA AWAL KOTAK HITAM PESAWAT

No comments :

Kiev (Ukraine) – Data daripada kotak hitam milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine terdapat maklumat letupan berpunca daripada serangan roket yang mengakibatkan nahas pesawat penumpang itu, kata pegawai keselamatan Ukraine, semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Ukraine, Andriy Lysenko berkata, penyiasat antarabangsa mendapati data perakam penerbangan menunjukkan punca bagi kemusnahan pesawat itu akibat daripada penyahmampatan letupan roket yang besar.

Data dari kotak hitam pesawat itu dianalisa di Britain selepas ia diserahkan kepada pegawai Malaysia oleh pemberontak pro-Russia yang mengawal lokasi nahas MH17.

Kumpulan penyiasat yang mengetuai siasatan di Belanda enggan untuk mengesahkan maklumat terbaru dari Kiev, dengan menyatakan bahawa mereka ‘sedang menunggu gambaran lebih lengkap tentang apa yang telah berlaku’.
Kiev dan sekutu baratnya mendakwa kumpulan pemberontak yang menembak jatuh pesawat itu, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, lapor AFP.

Wednesday, 23 July 2014

#MH17: APA AKAN TERJADI KEPADA MAYAT MANGSA ?

No comments :

Sementara keranda mayat mangsa nahas pesawat MH17 yang diterbangkan dari lokasi kejadian ke Belanda, tersusun dalam satu upacara rasmi yang memilukan, CNN melaporkan, berbelas saintis forensik di sebuah pangkalan tentera di sana sedang bersedia untuk tugasan berat.

Mereka akan mengenal pasti identiti mangsa yang terdiri daripada 298 penumpang dan anak kapal – termasuk kanak-kanak – yang terbunuh apabila pesawat MAS Boeing 777 yang mereka naiki terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai.

Menurut CNN, semua jasad dan anggota badan yang ditemui di tapak kejadian itu akan dibawa ke Hilversum, Belanda, di mana sekumpulan pakar dari unit forensik kebangsaan Belanda (Landelijk Team Forensische Opsporing atau LTFO) akan melakukan sedaya upaya mereka mengecam mayat dan memulangkannya kepada waris.

“Kita tidak tahu kewarganegaraan setiap jasad,” kata Jos van Roo dari LTFO seperti dipetik CNN.

“Jadi, kami cuba mengenal pasti semua mayat. Kami juga berhubung dengan negara lain untuk mendapatkan kerjasama dalam melakukannya,” katanya.

LTFO berpengalaman dalam malapetaka besar lain seperti tsunami Asia pada 2004, kapal terbang Afriqiyah Airways 771 yang terhempas di Libya pada 2010 dan insiden lain di Belanda.

Van Roo memberi jaminan mereka akan terus memelihara mayat dengan baik sebagai tanda hormat kepada mangsa elak daripada menambahkan lagi kesedihan kepada keluarga mereka.

Pakar forensik: Mesti sangat teliti dan tepat

Ia satu tugas yang cermat dan teliti, kata Van Roo:”Ada banyak jasad dan anggota badan. Semuanya perlu diperiksa. Mesti teliti dan tepat. Kita mesti pastikan kita tidak tersilap dalam memulangkan mangsa kepada keluarga mereka.”

Menurut CNN, pasukan ini memulakan kerja dua hari lalu di lokasi kejadian iaitu di sebuah ladang di Ukraine dekat sempadan Rusia di mana jatuhnya MH17 dan semua penumpangnya yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pakar forensik genetik, Denise Syndercombe-Court dari King’s College London dilaporkan berkata, sesetengah proses pengecaman dijangka agak mudah, lapor TMI.

#MH17: LUAHAN HATI WARTAWAN MALAYSIA, "HANYA KERANA SEORANG WARTAWAN TV SWASTA YANG RAKUS"

No comments :

Terbaca satu status seorang wartawan di Facebook. Tidak hairanlah media Malaysia kurang mendapat gambar-gambar yang berkualiti di lokasi nahas MH17 hanya kerana seorang wartawan dari satu stesen tv swasta ini. Jika dibaca kenyataan wartawan ini, rasanya boleh tahu siapa kan?

Berikut luahan hati wartawan berkenaan:
Kerja sebagai 'Press' yang bertugas di luar negara terutama di kawasan 'disaster' lagi 'hostile' tidak boleh main redah saja.

Baru mendapat perkhabaran berkaitan sikap rakus seorang wartawan TV swasta (stesen berbayar) yang tidak ada nama dalam senarai rombongan rasmi Majlis Keselamatan Negara, cuba main redah.

Akibatnya, rakan wartawan media rasmi dari RTM dan BERNAMA terus dibatalkan 'access' masuk oleh pihak pemberontak.

Ini bukan soal nak cari scoop, ini soal mensabotaj usaha media rasmi mendapatkan bahan berita tepat untuk tatapan semua lapisan rakyat terutama keluarga mangsa MH17.

Semua orang tunggu berita RTM dan BERNAMA, dari budak tadika, budak sekolah, orang perseorangan, pemimpin tempatan, menteri, Perdana Menteri hinggalah taraf Sultan dan YDP Agong. - PENGADU

Kalau ikutkan pemerhatian My Media, ini kes kedua selepas kes yang pertama di mana Sharnaaz maki pembaca berita Astro Awani pasal MH17. 

Tuesday, 22 July 2014

#MH17: "MENGANDUNG KETIKA BERCERAI" - BEKAS ISTERI PENUMPANG PESAWAT

No comments :
 
Segamat – “Saya tampil hanya untuk kepentingan anak tunggal kami yang tidak sempat pun melihat bapanya,” kata Nabilah Yusra Mohamad Din, 25, bekas isteri Hasni Hardi Parlan, 30, penumpang pesawat MAS penerbangan MH17 yang terhempas baru-baru ini.

Nabilah Yusra berkata, dia terpaksa tampil memberikan penjelasan berhubung status arwah selepas beberapa pihak menyatakan arwah masih bujang sedangkan pernah berkahwin dengannya dan dikurniakan seorang anak.

Katanya, mereka berkahwin pada Disember 2012 sebelum berpisah September tahun lalu, tetapi ketika bercerai dia sudah disahkan mengandung dan tertulis dalam sijil cerainya.

“Selepas berpisah, saya bekerja sebagai jururawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala bekas suami bekerja di Belanda sebagai jurutera syarikat perkapalan.

“Ketika mendaftar perceraian di Mahkamah Syariah Segamat, arwah pernah berkata ingin melihat anaknya dan dia sepatutnya berbuat demikian ketika pulang 17 Julai lalu, lapor Hmetro.

#MH17: KEHEBATAN NAJIB RAZAK TERSERLAH, SYABAS !

No comments :

ALHAMDULILLAH…akhirnya segala usaha dan kerja keras Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pegawainya dalam menangani isu MH17 telah mula menampakkan sinarnya.

Seperti yang kita semua maklum, mereka telah berusaha di sebalik tabir bagi mewujudkan hubungan dengan mereka yang mengawal lokasi nahas.

Malam tadi, Najib sendiri telah bercakap dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah di mana tragedi itu berlaku.

Mereka berdua akhirnya telah mencapai persetujuan.

Pertama, 282 mayat, yang ketika ini berada di Torez, akan dipindahkan dengan kereta api ke Kharkiv untuk diserahkan kepada para wakil dari Netherlands.

Kereta api itu akan bertolak petang ini mengikut waktu Ukraine, dan akan diiringi enam anggota pasukan pengumpul bahan bukti dari Malaysia. Mayat-mayat itu kemudian akan diterbangkan keAmsterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda, bersama pasukan Malaysia. Setelah selesai semua kerja forensik, mayat warganegara Malaysia akan dibawa pulang ke Malaysia.

Kedua, pada kira-kira 9 malam ini waktu Ukraine, dua kotak hitam akan diserahkan kepada pasukanMalaysia di Donetsk, yang akan menyimpan kotak berkenaan.

Ketiga, para penyiasat bebas antarabangsa akan diberi jaminan keselamatan masuk ke lokasi nahas untuk memulakan siasatan penuh tentang tragedi itu.

Menurut Najib, adakalanya beliau berasa mahu menyuarakan dengan lantang kemarahan dan kepiluan yang dirasai rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, kadang kala, kita perlu bekerja secara senyap untuk mendapat hasil yang lebih baik.

Sementara itu, akhbar Sydney Morning Herald (SMH) menyifatkan Najib telah menggunakan “diplomasi rahsia” dengan pemberontak pro-Rusia untuk mencapai satu persetujuan tersebut.

Kata pengarangnya, Najib berunding dengan ketua pemberontak Alexander Borodai mencapai satu persepakatan “yang tidak mampu dicapai oleh negara yang lebih berkuasa, termasuk Rusia.”

Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri cukup membanggakan.

Ini kerana beliau telah berfikir ‘di luar kotak’ atau di luar kaedah biasa yang digunakan pemimpin dunia bila berhadapan dengan krisis seperti ini.

Inilah kualiti kepimpinan kelas pertama yang ada pada beliau.

Kalau dilihat, semenjak akhir-akhir ini, Najib telah diduga dan diuji dengan pelbagai masalah dan ujian yang cukup berat.

Namun Najib tak pernah melatah, beliau seperti biasa, tetap tenang walaupun adakalanya airmatanya mengalir terutama ketika menemui waris mangsa baik MH370 mahupun MH17.

Tetapi disebalik ketenangannya itu, beliau telah bertindak lebih dahsyat dari seekor harimau yang luka.

Sebagai contoh sebaik saja dimaklumkan mengenai insiden yang menimpa MH17, Najib tidak tidur hampir dua hari berturut-turut.

Beliau menghubungi pakar-pakar keselamatan dan penerbangan, pemimpin-pemimpin dunia, rakan sejawatnya dari seantero benua demi memastikan jenazah rakyat Malaysia dapat dikeluarkan segera dari lokasi nahas dan kotak hitam pesawat MAS itu dapat diambil dari tangan pemberontak.

Antara pemimpin dunia yang telah dihubungi Perdana Menteri ialah Presiden Ukraine (Petro Poroshenko), Presiden Rusia (Vladimir Putin), Setiausaha Agung PBB (Ban Ki Moon), Presiden Amerika (Barrack Obama), Perdana Menteri Britain (David Cameron) Perdana Menteri Belanda (Mark Rutte), Perdana Menteri Australia (Tony Abbott), Presiden Indonesia (SBY), Perdana Menteri New Zeland (John Key), Perdana Menteri Singapura (Hsein Loong) dan Putera Mahkota Abu Dhabi dan Bahrain.

Hari ini segala penat lelah dan usaha beliau telah mendatangkan hasil yang cukup membanggakan.

Sebab itu bukan mudah untuk menjadi pemimpin, ia tidak semudah memberi kata-kata manis dan pidato yang berapi-api.

Jawatan pemimpin juga satu bentuk ujian Allah.

Ketahuilah, tidak ada musibah yang Allah timpakan kepada hambaNya, melainkan ia sesuai dengan kadar kemampuan hambaNya itu.

Dan musibah merupakan salah satu sebab seseorang dicintai oleh Allah, bahkan semakin besar musibah yang Allah berikan, maka semakin besar pula pahala dan kecintaan Allah kepada hamba tersebut.

Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya cubaan (musibah), dan sesungguhnya apabila Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan memberikan cubaan kepada mereka, maka barangsiapa redha, maka baginya keredhaan dari Allah dan barangsiapa yang benci, maka baginya kebencian dari Allah”
(HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Apa yang pasti, tindakan dan perancangan Najib dalam isu ini sesuatu yang cukup membanggakan.

Najib bukan sekadar seorang bos, tetapi juga seorang pemimpin yang hebat.

Bak kata bekas Presiden Amerika Syarikat, Theodore Roosevelt;

” People ask the difference between a leader and a boss. The leader leads, and the boss drives.”

Syabas Datuk Seri!

#MH17: ANWAR IBRAHIM JADI BAHAN LAWAK KEPADA PENYERAHAN KOTAK HITAM OLEH PUAK PEMISAH PRO RUSIA ?

No comments :

Dua hari ini, media antarabangsa dan tempatan tidak putus-putus memuji usaha Kerajaan Malaysia yang berjaya mencapai kata sepakat dengan Puak Pemisah Pro Russia, dalam isu penyerahan Kotak Hitam MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine-Russia akibat ditembak.

Ramai yang tertanya-tanya apa punca kejayaan tersebut?

Kotak Hitam MH17 yang mempunyai jawapan kepada semua persoalan mengenai nahas MH17 menjadi rebutan banyak pihak. Namun, Puak Pemisah terlebih dahulu mengambil dan menyorok Kotak Hitam tersebut daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pada awal kejadian tragik itu, Presiden Amerika, Barack Obama mengugut Puak Pemisah menyerahkan Kotak Hitam terbabit atau berdepan dengan serangan bom udara. Namun ugutan itu tidak berjaya menakutkan Puak Pemisah.

Vladimir Putin juga cuba mendapatkan Kotak Hitam terbabit dari Puak Pemisah namun juga berhadapan dengan kegagalan.

Justeru, bagaimana Najib boleh berjaya memujuk Alexander Borodai?

Di bawah ini jawapannya:


p/s: sememangnya puak pemisah nak bagi blackbox pada Malaysia pun. Bagi kat lain, habislah bukti dipadamkan. 

#MH17: LUAHAN HATI ROSMAH MANSOR 3 HARI TIDAK BERCAKAP DENGAN NAJIB

No comments :

"3 hari saya tak bercakap dengan suami sejak kejadian MH17. Dia lalu tepi saya pun dia tak tegur saya. Tapi tak mengapa, saya faham jadi pemimpin negara ini bukan senang," dedah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika berucap di Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya kepada Angkatan Tentera Malaysia di Wisma Pertahanan semalam.

"Ramai yang beritahu saya, Tuhan tidak akan uji seseorang itu jika dia tidak mampu menggalasnya. Saya cakap ini bukan sebagai isteri Perdana Menteri tetapi naluri sebagai seorang wanita," katannya.

Berkongsi pengalaman mengenai nahas MH17, Rosmah memberitahu dia sendiri tidak percaya dengan berita itu pada mulanya.

"Takkan Malaysia Airlines lagi? Tetapi bila saya ikuti berita terkini, memang sahih. Memang sangat tragik kerana mengorbankan ramai orang tersayang.

"Lebih memilukan ada mangsa yang sudah 30 tahun tak pulang dan anak berusia 10 tahun juga menjadi mangsa." katanya. - Malaysia Gazette

#MH17: RUSSIA DEDAH BUKTI DATA & IMEJ SATELIT HARI KEJADIAN (VIDEO)

No comments :

Pihak Russia telah membuat satu pembentangan intensif berkenaan tragedi pesawat MAS MH17 sekaligus respon kepada tuduhan yang dilemparkan oleh banyak pihak terutamanya pihak barat dan sekutunya termasuk pihak berkuasa Ukraine sendiri.

Masak lah Ukraine dan sekutunya US! Russia dah sangkal dan keluarkan bbrp bukti. Bagi yang tak tgk video, boleh tgk ulasan yang saya buat menerusi gambar video. Habis telanjang Ukraine. Jadi benarlah laporan dari twitter "spainbuca" yg telah di delete oleh pihak twitter bahawa mmg terdapat jet fighter yg mengekori MH17. Maruah Malaysia skrg dah jadi kambing, kita semua kambing, sbb negara telah dikambinghitam utk kepentingan kuasa2 besar.

Ikuti video dan sipnosis pembentangan tersebut di sini:- VIDEO ASAL: SUKAN STAR TV

Semua aset yg ditunjukkan dlm gambar2 ni adalah milik Ukraine.


Gambar 1:
  1. Menunjukkan MH17 membuat lencongan sebelum hilang dari radar Russia.
  2. Russia tidak pasti arahan dari siapa samada dari Ukrainian traffic controller atau pihak lain.
  3. Pada tarikh tersebut, Russia mengesan bbrp buah BUK M-1 kepunyaan Ukraine berdekatan tempat kejadian.
  4. BUK M-1 boleh menembak sejauh 35km (> 110,000 kaki) dan sehingga altitud 25 km (> 82,000 kaki).
  5. Russia mempertikai kenapa Ukraine meletakkan sejumlah BUK M-1 di kawasan berdekatan Donetsk walhal di sana memang tidak ada sebarang aktiviti penerbangan dari mana2 pihak tentera.
  6. Dari gambar 1 boleh dilihat route yg asal MH17 dan lencongannya.
  7. Dari gambar boleh dilihat 3 buah anti aircraft missile (BUK M-1) kepunyaan Ukraine di sekitar laluan MH17.

Gambar 2, 3 dan 4:
  1. Gambar satelit diambil pada 14 julai sebaik shj kes kapal kargo AN-26 terhempas.
  2. Terdapat self propelled launching system dan 2 system utk loading (Gambar 2).
  3. Di kwsn berdekatan terdapat sistem radio iaitu 5km dari kawasan BUK-M1 (Gambar 3).
  4. Di utara Donetsk terdapat 4-5 buah air missile system. Anda boleh lihat dgn jelas 60 jenis pelbagai peralatan2 yg ada (Gambar 3).
  5. Gambar kwsn sama tapi diambil pada 16 julai, anda boleh lihat sistem launching tidak ada di situ (Gambar 4).
  6. Pihak Russia tertanya kenapa Ukraine memiliki BUK-M1?
  7. Pihak Russia menegaskan bhw pihak pro-Russian separatist (PRS) tidak memiliki sebarang anti aircraft missile termasuk BUK-M1.

Gambar 5 dan 6:
  1. Terletak 5 km dari timur Donetsk.
  2. Anda boleh lihat sistem anti aircraft missile.
  3. Pihak Russia tertanya kenapa terdapat anti aircraft missile yang terlalu berdekatan dengan kwsn tragedi MH17.
  4. Pada 18 Julai kawasan sama, sistem anti aircraft missile hilang dari peta (Gambar 6).

Gambar 7:
  1. Radar Ukraine pada 17 Julai beroperasi tahap maksima iaitu 9 buah.
  2. Pada 15 Julai, 7 radar beroperasi, 16 Julai pula 8 radar beroperasi dan pada 17 Julai iaitu hari tragedi, sebanyak 9 buah radar beroperasi.
  3. Tiba2 pada 18 Julai, radar beroperasi turun hingga 4 buah hingga minima 2 buah radar dan pihak Russia mahu jawapan kenapa ini berlaku.
Gambar 8:
  1. Gambar pada 17 Julai.
  2. Ada 4 buah kapal iaitu 3 buah kapal komersil dan 1 buah (jumlah tidak diketahui) jet fighter Ukraine.
  3. Empat buah kapal komersil adalah MH17, sebuah kapal terbang (Copenhagen-Singapore) dan sebuah lagi Paris ke Taipei.
  4. Jet fighter Ukraine tiba2 naik ke ketinggian 10km (33,000 kaki) bersamaan dgn MH17 dan masuk ke laluan yg sama. Jarak jet fighter dgn MH17 adalah 3-4km.
  5. Kemungkinan, selain BUK-M1, pihak Russia berkata mungkin misil udara ke udara dari jet fighter Ukraine terlibat. Keupayaan misil tersebut boleh menjangkau 12km dgn jarak jaminan misil sampai pada target iaitu 5km.
  6. Russia pertikai kenapa jet fighter Ukraine terbang sama laluan dgn MH17.
Gambar 9:
  1. Presentation dari Ketua Panglima Tentera Udara Russia (pangkat depa den tak tau, sori)
  2. Gambar menunjukkan dari radar tentera udara Russia.
  3. Lebih kurang jarak 51 km dari sempadan Russia, MH17 dikatakan mula mengurangkan kelajuan.
  4. Pada kawasan terhempasnya MH17, pihak pegawai air traffic Russia dpt mengesan sebuah lagi kapal terbang tapi sukar dikesan oleh radar tentera kerana kapal tersebut ketiadaan alat pengesan secondary.
  5. Kapal terbang tersebut juga dikesan masih berlegar-legar di udara sebaik kejadian berlaku.
Gambar 10:
  1. Pihak Russia mengatakan kononnya pihak US mempunyai gambar bukti Russia atau PRS yg melancarkan missile dari BUK tapi sehingga sekarang tidak ada pihak pernah melihat gambar bukti tersebut.
  2. Ukraine berkata tidak ada sebarang jet fighter mereka di kawasan kejadian telah disangkal oleh pihak Russia.
  3. Pihak Russia menyangkal video youtube yang menunjukkan kononnya kenderaan BUK-M1 melalui sebuah kawasan di Ukraine memasuki sempadan Russia.
  4. Terdapat sebuah papan iklan kenderaan dalam video dan tarikh pengiklanan iklan tersebut adalah 15 Mei 2014 dan pada tarikh ini, pihak Ukraine masih menguasai kawasan ini.
  5. Jadi sekarang ni, pihak Russia pula yg bertanya pada Ukraine iaitu apakah jenis pelancar tersebut, ke mana ia dihantar dan dari mana asalnya, kenapa ia diisi dengan misil dan bila kali terakhir ia diisi dengan misil?
  6. Pihak Russia bertegas tidak pernah beri sebarang anti anticraft missile kpd pihak PRS.
Russia akan menghantar kesemua laporan pada kesatuan Eropah dan Malaysia. - SUMBER




#MH17: GAMBAR SERPHAN PESAWAT ADA KESAN TEMBAKAN - PAKAR TENTERA

No comments :

Pakar ketenteraan mengesahkan ada tanda-tanda pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 ditembak jatuh dari udara selepas mendapati ada kesan serpihan bom pada badan pesawat, lapor Financial Times (FT).

Kesan serpihan itu dilihat daripada sekeping foto yang pertama kali terbit dalam akhbar itu pada hujung minggu lalu. Foto itu merakamkan serpihan badan pesawat berukuran lebih kurang satu meter persegi.

Serpihan mempunyai satu lubang besar yang dikelilingi lubang-lubang kecil serta tanda terbakar.

Dua penganalisis pertahanan di London dan seorang bekas juruterbang tentera meneliti foto berkenaan dan berpendapat tanda-tanda itu konsisten dengan tembakan misil.

Seorang penganalisis di Royal United Services Institute di London, Justin Bronk percaya tanda-tanda itu menunjukkan pesawat berkenaan ditembak jatuh oleh misil SA-11 yang dilancarkan dari Buk-M1.

"Saiz lubang serpihan peluru itu konsisten dengan apa yang boleh dilihat daripada serangan SA-11. Bagaimanapun adalah sukar untuk menilai keseluruhan pola letupan dengan serpihan kecil badan pesawat," katanya.

Kenyataan penganalisis itu menepati teori yang yang popular setakat ini iaitu pesawat berkenaan ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah yang pro-Rusia menggunakan misil SA-11 daripada Buk-M1. Kelengkapan senjata itu didakwa dibekalkan kepada kumpulan tersebut oleh Rusia.

Rusia bagaimanapun menepis dakwaan itu dan pada Isnin mendedahkan bahawa sebuah pesawat tentera Ukraine dikesan terbang hampir dengan pesawat MAS yang nahas itu.

Rusia juga mengemukakan beberapa bukti lain yang menunjukkan serangan ke atas pesawat MAS itu dilakukan oleh pihak tentera Ukraine.

Tiga pakar itu juga setuju bahawa serpihan badan pesawat itu datang daripada bahagian depan sebelah kiri Boeing 777. Bekas juruterbang tentera udara itu pula berpendapat berdasarkan petunjuk yang ada pesawat berkenaan ditembak di bahagian depan dari sebelah kiri.

Mereka juga mendakwa lubang besar pada serpihan badan pesawat dalam foto berkenaan mungkin tanda letupan dari dalam ketika pesawat hilang tekanan udara dengan pantas pada ketinggian 10,000 meter.

Penganalisis di Institut Kajian Strategik Antarabangsa di London, Douglas Barrie berpendapat kesan lubang itu konsisten dengan "serpihan letupan peledak".

Kedua-dua penganalisis itu bagaimanapun berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan untuk mengetahui apa yang berlaku termasuk ujian kimia sisa letupan.

Menurut FT, serpihan badan pesawat dalam foto itu ditemui di belakang rumah seorang penduduk kampung berdekatan lokasi nahas. Penduduk itu kemudian memindahkannya ke tepi jalan kerana merasakan ia penting. - ASTRO AWANI

Monday, 21 July 2014

#MH17: SAYU, ANTARA BARANG-BARANG PERIBADI MANGSA PESAWAT

No comments :

Sehingga kini dilaporkan sebanyak 196 mayat nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 telah berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat antarabangsa.

Kesemua mayat yang dikumpulkan itu kemudiannya telah dialih ke lima gerabak kereta api yang dilengkapi peti sejuk untuk menempatkan mayat-mayat tersebut.

Selain gambar-gambar menyayat hati kematian tragis 283 penumpang dan 15 anak kapal ini, barang-barang peribadi yang turut dibawa bersama oleh sebahagian penumpang MH17 turut menyimpan seribu satu kisah yang pastinya meruntun hati kita yang melihatnya.

Antaranya terdapat buku katalog percutian di Bali dan Lombok, Indonesia yang pastinya mahu dijadikan sebagai rujukan oleh mangsa-mangsa MH17 yang tidak berkesampaian sampai ke destinasi yang dituju.

Selain itu, barangan elektronik seperti komputer riba juga turut ditemui dengan kesan pecah serta beg-beg ‘backpack’ milik mangsa yang telah dikumpulkan di satu tempat di sekitar lokasi nahas di timur Ukraine, Donetsk.

Seperti yang kita juga sedia maklum, seramai lebih kurang 80 mangsa MH17 terdiri daripada kanak-kanak, dan tidak hairanlah banyak buku-buku kanak-kanak selain anak patung yang ditemui di antara barang-barang peribadi yang dibawa penumpang penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terbabit. – MYNEWSHUB