Showing posts with label informasi. Show all posts
Thursday, 25 September 2014
KICAP PEKAT SOFIA GUNA BOTOL KITAR SEMULA ARAK ?
Gambar kicap jenama Sofia keluaran khas untuk warga Angkatan Tentera Malaysia menggunakan botol kitar semula dari botol minuman berasaskan arak Carlsberg mulai tersebar.
Menerusi applikasi laman sosial Whatsapp, kini tersebar sekeping foto yang mendakwa botol kicap khas untuk kegunaan warga angkatan tentera Malaysia menggunakan botol kitar semula daripada arak jenama terkemuka iaitu Carlsberg.
Jika perkara ini benar, rata-rata pengguna meluahkan rasa kecewa kerana pengilang langsung tidak menjaga aspek halal dalam proses pengeluaran kicap berkenaan.
PENEMUAN TERBARU CIUM PISANG DAPAT TURUN BERAT BADAN !
Terdapat satu penemuan terbaru yang agak memeranjatkan mengenai buah pisang yang tidak ramai ketahui selama ini.
Menurut artikel dari sebuah laman web, mencium pisang mampu menurunkan berat badan khasnya buat kaum wanita.
Inilah cara yang paling mudah, murah dan sihat bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan.
Wednesday, 24 September 2014
3 TANDA APABILA KUCING DATANG KEPADA KITA
Bila
kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan
dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini,
saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan
orang lain,
Pertama
Allah sedang beritahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.
Kedua
Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.
Ketiga
Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.
Kredit: Ustaz Shukri Harun
Pertama
Allah sedang beritahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.
Kedua
Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.
Ketiga
Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.
Kredit: Ustaz Shukri Harun
PEMILIK CCTV DALAM TANDAS KAFETERIA UIA UGUT SEBAR RAKAMAN SELEPAS KANTOI
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kes pemasangan kamera CCTV dalam sebuah tandas di kafetaria Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Kamera itu ditanam di dalam dinding tandas berkenaan.
Berikut adalah kenyataan dari kelab Ma'ruf IIUM
Susulan dari kes tersebut, nampaknya individu yang memasang CCTV berkenaan tidak berpuas hati dengan pembongkaran tersebut. Menurut apa yang dilaporkan, individu tersebut mengugut untuk menyebar dan menjual video rakaman dari kamera tersebut. Mesej ugutan itu dapat dilihat ditulis di cermin dan juga pintu tandas.

Kelab Ma'ruf IIUM sekali lagi membuat kenyataan berkenaan isu terbabit di laman Facebooknya. Kelab itu meminta pihak berwajib supaya mengambil tindakan segera terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti yang tidak bertanggungjawab itu:
PENGGUNA MERUNGUT IPHOHE 6 PLUS MUDAH BENGKOK (VIDEO)
KUALA LUMPUR: Beberapa pengguna iPhone 6 Plus merungut mendakwa bahawa peranti milik mereka itu telah bengkok, hanya beberapa hari sejak produk terbaharu keluaran Apple itu dilancarkan di pasaran.
Menurut laporan MacRumors, iPhone 6 Plus milik beberapa pengguna bengkok selepas diletakkan di dalam poket seluar mereka.
Salah seorang daripada pengguna telefon bimbit itu berkata ia bengkok selepas beliau membawa telefon itu seharian di dalam poketnya.
Imej iphone 6 Plus yang didakwa mudah bengkok - Sumber dari YouTube
“Saya meninggalkan rumah pada pukul 10 pagi dengan iPhone saya di poket depan seluar sebelah kiri.
“Saya memandu empat jam ke sebuah majlis perkahwinan, di mana saya duduk lama dan menari untuk dua ke tiga jam. Saya kemudiannya meninggalkan majlis itu pada pukul 2 petang dan memandu pulang selama empat jam lagi.
“Secara keseluruhan, iPhone 6 Plus itu berada selama 18 jam di dalam poket saya, di mana dalam tempoh itu kebanyakkan masa saya habiskan dengan duduk.
“Semasa saya meletakkannya di atas meja, saya terlihat imbasan iPhone itu di cermin yang ia (kelihatan) sedikit bengkok,” kata pengguna itu.
Laporan itu turut berkata untuk mengelakkan peralatan itu daripada bengkok, pengguna digalakkan mengeluarkannya dari poket sebelum duduk atau membongkok. -astroawani
Sunday, 14 September 2014
KECOMELAN ANAK ANJING BERADA DI DALAM AIR (10 GAMBAR)
COMEL! Hebat sungguh hasil bidikan Seth Casteel ini. Jurugambar terkenal ini telah melatih 1500 anak anjing untuk mendapatkan gambar-gambar awesome ini. AmazingNara & LittleFriendsPhoto
Monday, 25 August 2014
Saturday, 23 August 2014
GUNA TAYAR & RIM KANGKANG SAMAN RM300
Jabatan pengangkutan jalan Malaysia sedang memburu pesalah kereta yang memakai rim dan tayar kangkang. Tayar kangkang adalah tayar yang sengaja disengetkan dan saman JPJ menanti jika ditangkap. RM300 akan dikenakan kepads pemilik kereta tayar kangkang.
Penggunaan tayar kangkang adalah sangat bahaya kerana luas permukaan tayar yang menyentuh jalan sangat sedikit. Ini mengurangkan cengkaman sekaligus mengurangkan kecekapan membrek dan kereta mudah hilang kawalan.
Sukar difahami, kenapa masih ramai yang terikut dengan trend tidak selamat dan pelik ini. Kebanyakan model seperti Perodua Alza, Myvi dan Viva dilihat melakukan modifikasi berbahaya ini.
Nota Kaki: Sengaja JPJ biarkan pemilik kereta guna tayar kangkang untuk melihat berapa ramai pemandu bangang yang ada di Malaysia. Haha!
Tuesday, 19 August 2014
BAKTERIA BERBAHAYA DALAM AIR MESIN LAYAN DIRI !
PETALING JAYA – Air yang anda beli dari mesin layan diri mungkin tidak sebersih yang anda fikirkan. Sebanyak 29 sampel air telah diambil dari mesin tersebut di seluruh Lembah Klang dan hampir semuanya telah dicemari.
Terdapat beberapa jenis bakteria berbahaya seperti E. coli, Koliform dan bakteria bertoksin Clostridium perfringens – jenis bakteria yang sama terdapat di dalam air kumbahan yang tidak dirawat.
Koliform dan Clostridium perfringens juga merupakan bakteria yang sama terdapat dalam najis manusia dan haiwan. Bakteria ini boleh menyebabkan kekejangan, cirit-birit dan masalah pencernaan yang lain.
The Star menjalankan beberapa ujian bersama dengan Forum Air Malaysia, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.
Forum Air Malaysia membuat ujian terhadap 14 sampel pada April manakala The Starmenjalankan ujian terhadap 15 sampel.
Sampel-sampel air diambil dari mesin layan diri di sini dan di Subang Jaya, Cheras, Klang dan Kuala Lumpur.
Di bawah Akta Air Minum Selamat Malaysia, sepatutnya tidak ada sebarang kesan Koliform atau E. coli dalam air minuman.
Eksekutif Dasar dan Penyelidikan Forum Air Jesslyn Pek berkata adalah membimbangkan apabila kebanyakan sampel tidak menunjukkan kesan klorin atau fluorida bebas, yang merupakan bahan kimia yang diperlukan untuk membunuh bakteria di dalam air.
“Daripada ujian ke atas 14 sampel air, enam daripadanya didapati mempunyai sama ada Koliform atau E. coli dan tidak mengandungi klorin atau klorida bebas,” katanya.
“Klorin bebas mesti ada, kerana ia adalah pembasmi kuman,” kata Pek.
“Terdapat piawaian untuk menentukan berapa banyak klorin bebas diperlukan untuk digunakan dalam air terawat, tetapi kerana ia tidak dapat dikesan di dalam semua sampel ini, ia menunjukkan bahawa jumlah yang tidak mencukupi telah digunakan.”
Dalam ujian yang dijalankan oleh The Star dengan makmal bertauliah, semua 15 sampel didapati positif Koliform dan Clostridium perfringens. Mesin menjual air banyak terdapat di bangunan pejabat, kediaman dan universiti atau kolej.
Orang ramai lebih suka membeli air ini kerana kosnya hanya kira-kira 20 sen seliter berbanding air botol, yang kosnya boleh mencecah lebih dari RM2 untuk jumlah yang sama.
Menurut sumber industri, pada tahun lepas Kementerian Kesihatan memulakan usaha di seluruh negara untuk memberikan lesen kepada pemilik mesin menjual air. Walau bagaimanapun, sehingga kini, banyak yang tidak memberi respons.
Untuk mendapatkan lesen, pengendali perlu mengeluarkan sejumlah RM450 untuk setiap mesin dan menghantar air dari mesin untuk ujian kualiti di Jabatan Kimia.
Mereka juga perlu membayar yuran pemprosesan lesen RM130. Kos lesen selama dua tahun adalah RM150, lapor mStar.
Monday, 11 August 2014
6 PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIJILAT
Menjilat adalah perkara yang biasa dilakukan manusia. Ais krim atau batang ais krim merupakan beberapa makanan yang kerap dinikmati dengan cara dijilat. Namun, untuk hal-hal berikut, menjilat menjadi perkara yang sebaiknya dielakkan:.
1). Jangan menjilat bola mata.
Di Jepun, penduduk di sana suka saling menjilat bola mata orang lain, iaitu sebuah trend baru yang disebut oculolinctus. Hasilnya? Terjadinya suatu lonjakkan infeksi, goresan, dan bintil pada mata mereka.
2). Jangan menjilat katak.
Beberapa jenis katak menghasilkan halusinogen yang sangat kuat yang disebut bufotoxin. Beberapa orang dilaporkankan telah meninggal setelah mereka mencuba menjilat kodok untuk kepentingan rekreasional, seperti halnya ramai atlet yang menggunakan dadah. Mereka meninggal kerana mengalami overdos. Bahkan di California, memiliki Katak Sungai Colorado dianggap sebagai satu kesalahan jenayah.
3). Jangan menjilat apa pun di lantai.
Percaya dengan “peraturan 5 detik” ketika makanan jatuh ke lantai? Pertimbangkanlah kembali dengan menyemak hasil kajian Jamie Hyneman dan Adam Savage serial MythBusters. Mereka mengalisa bagaimana makanan dijatuhkan ke lantai yang telah terkontaminasi/tercemar dalam interval 2 hingga 6 detik. Ternyata “peraturan 5 detik” hanyalah rekaan semata.
Bahkan dalam keadaan tertentu, dengan berada di lantai hanya dalam waktu milidetik, sudah ada bakteria yang terikat. Seberapa kotor makanan yang telah jatuh tersebut akan tergantung pada kelembaban makanan, geometri permukaan dan kondisi lantai, bukan waktu
4). Jangan menjilat senduk adunan telur.
Senduk digunakan untuk mencampur puding, adunan tepung, dan juga telur, seharusnya jangan dijilat. Telur perlu dihangatkan minimum 71 darjah Celsius untuk menghindari racun dari bakteria Salmonela. Terutama untuk kanak-kanak, orang tua, atau mereka dengan sistem kekebalan tubuh yang buruk.
5). Jangan menjilat adunan mentah.
Pada 2011, pusat pengendali penyakit di AS melaporkan wabak dari sejenis E. coli yang membuatkan 77 orang sakit di 30 negeri di AS. Pelakukanya bukanlah telur atau susu, melainkan adunan tepung mentah makanan. Badan pengawas makanan AS mengesyorkan untuk memasak adunan sebelum memakannya, agar bakteria berbahaya terbunuh. Pastikan pula untuk mencuci tangan sebelum menyentuh adunan.
6). Jangan menjilat bateri.
Anda dapat menjilat bateri jika ia memiliki bentuk yang umum digunakan: berbentuk silinder. Namun jika menjilat bateri 4 segi panjang, dengan tegangan 9 volt, yang kedua kutubnya berdekatan, berhati-hatilah. Jika kedua kutub tersentuh lidah secara bersamaan, Anda akan terkena kejutan elektrik.
Sunday, 10 August 2014
KANTOI HARGA BERBEZA, GIANT TIPU PELANGGAN ?
Pasaraya Giant sekali lagi mencetuskan kebimbangan pelanggannya apabila tersebarnya dua gambar yang mendakwa Giant menipu pelanggannya.
Dua gambar yang dimuat naik oleh Eizan Amrey di laman Facebook bukanlah satu cerita yang baru. Malah perkara ini juga terjadi di pasaraya yang lain.
Puan Eizan mendakwa dia telah ditipu oleh Giant berikutan dengan harga produk yang dibayar tidak sama dengan harga yang ditawarkan di bahagian produk sejuk beku, Burger Lembu, jenama Ramly.
Dia bagaimanapun merujuk hal tersebut pada supervisor yang bertugas pada ketika itu dan malangnya jawapan yang diberikan tidak memuaskan.
"Puan buatlah aduan melalui email. Biar 1 Malaysia boleh tengok. Kalau aduan bertulis di Customer Service, susah nak dapat respon atau or lambat sangat. Puan bukan orang pertama. Kes macam ini dah terlalu banyak terjadi di Giant 1 Malaysia. Kami yang bekerja di hadapan kaunter ini yang terpaksa menanggung amarah dan makian orang ramai. Puan buat le report ye" - Supervisor Giant
Pengakuan sebegini benar-benar membimbangkan para pengguna yang berbelanja di pasaraya Giant. Apakah ini bermaksud Giant tidak pernah mengambil peduli aduan bertulis pelanggan mereka? - My Media Hub
Friday, 8 August 2014
JURUGAMBAR KECEWA TUN MAHATHIR CURI FOTO HASIL SENI
Tentu kita masih ingat beberapa keping foto seorang gadis bertudung yang diambil dari puncak sebuah bangunan demi menyatakan sokongannya terhadap Gaza.
Foto tersebut diambil oleh saudara Keow Wee Loong, jurufoto rasmi untuk MP Lembah Pantai, Nurul Izzah.
Foto-foto yang dihasilkan beliau memang mengkagumkan kerana beralatar belakangkan bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam.
Namun hari ini, beliau telah mendakwa, salah satu fotonya telah 'dicuri' atau digunakan tanpa kebenaran oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Beliau turut memuatnaik cetakan skrin dari akaun twitter tersebut.
Walaupun foto tersebut tidak digunakan untuk memperleceh atau menghina, malah memuji keindahan Kuala Lumpur, Keow Wee Loong beranggapan ianya satu perbuatan yang tidak bermoral kerana diambil tanpa kebenaran apatah lagi dari seorang yang amat hebat.
Ramai pengikut beliau menyarankan agar beliau meletakkan 'watermark' pada gambar-gambar yang akan datang.
p/s: Tun Mahathir ada akaun twitter ke? SUMBER
Tuesday, 5 August 2014
6 GAMBAR & HARGA PERODUA AXIA MODEL BARU 2014 DIDEDAHKAN
Beberapa keping gambar terkini Perodua Axia Model Baru 2014 tersebar di media sosial. Perodua Axia dikatakan model yang akan menggantikan Perodua Viva dan dijangka akan memasuki pasaran tempatan pada hujung tahun 2014.
Harga permulaan kereta Perodua Axia pula dianggarkan sekitar RM30,000 sehingga RM43,000. Perodua Axia dilihat menyerupai model kereta berasal dari Jepun, Daihatsu Ayla.
Daihatsu Alya:

BOIKOT BESAR-BESARAN SELURUH NEGARA BERMULA JUMAAT INI !
SHAH ALAM – Setelah beberapa siri bantahan dilakukan rakyat di negara ini terhadap produk yang dikatakan menyumbang kepada rejim Israel, kempen itu nampaknya semakin diperhebat dari hari ke hari.
Melalui satu pesanan dan gambar yang kini menjadi viral di laman sosial, orang ramai diajak memboikot McDonalds bermula Jumaat ini di seluruh negara. Tiada maklumat setakat ini siapakah penganjur kepada kempen tersebut.
“Hari Boikot McD Malaysia!!! Bermula 8 Ogos 2014 jam 7 pagi hingga 7 pagi. Boikot McD bermula Jumaat ini sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar daripada Palestin,” tulis pesanan itu.
Pemerhatian Sinar Harian Online mendapati rata-rata pengguna yang berkongsi perkara tersebut di laman sosial masing-masing menyokong kempen berkenaan, lapor Sinar Harian.
Monday, 28 July 2014
AWAS! PENIPUAN DI PLUS HIGHWAY & BENGKEL KERETA DI TAMAN BUKTI TAMBUN
- Nama workshop: Rong Cafe
- Lokasi Workshop: Taman Bukit Tambun seberang perai selatan. sebelum tol juru.
- Penipuan bil-bil syarikat (bil palsu).
- Aniaya pelanggan dengan cas harga tidak masuk akal (RM2k-6k) bagi membaiki kerosakan yang tidak munasabah.
- Tidak keluarkan bil kepada pelanggan dengan cas >rm2,000 bagi tujuan elak tindakan KPDNHEP dengan terima bayaran tunai shj (tiada bukti).
- Melakukan aktiviti kemalangan yang sengaja dibuat bagi tujuan membuat tuntutan insuran palsu.
- Boleh melakukan aktiviti peras ugut bagi pelanggan yang tidak mampu bayar.
Kaedah memerangkap pelanggan :
Meronda di lebuhraya PLUS bagi tujuan mendapatkan pelanggan yang mengalami kerosakan kenderaan. Menjanjikan kos pembaikan minimum. Apabila kenderaan telah masuk bengkel, mula menekan harga yang tidak masuk akal.
Baru-baru ini seorang wanita dalam perjalanan dengan kereta melalui lebuh raya utara selatan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke kampungnya di utara secara tiba-tiba temperature kereta naik. Dalam ketakutan dan panik, dia terus berhentikan kereta di tepi jalan beberapa kilometer sebelum exit Tambun Batu Kawan.
Apa wanita itu nak buat dia bukan reti apa pasal kereta. Dia menghubungi pihak PLUS dan hanya berharap bantuan pihak PLUS. Tiba-tiba dia didatangi oleh dua orang budak melayu dengan kereta tunda menawarkan bantuan untuk memeriksa kereta tersebut. Katanya mereka dihantar oleh pihak PLUS, Setelah mendengar penjelasan mereka, Wanita tersebut memberi keizinan untuk memeriksa kereta dan budak melayu tersebut berkata kalau nak repair tak banyak. "RM300" saja termasuk kos tunda kereta.
Kemudian mereka terus menunda kereta tersebut ke bengkel yang bernama Rong Cafe yang terletak di Taman Bukit Tambun. Di bengkel itu ada seorang mekanik india yang memeriksa kereta dan menyatakan hanya sedikit sahaja kerosakan yang berlaku. Wanita tersebut menghubungi rakannya untuk menghantar dia pulang. Keesokkan harinya mekanik india di bengkel tersebut menghubungi wanita tersebut dan mengatakan keretanya dah siap dan wanita tersebut perlu membuat bayaran sebanyak RM2730! Wanita tersebut telah tertipu dan didapati ramai juga yang telah menjadi mangsa penipuan bengkel kereta tersebut.
Semoga anda diluar sana mengambil kisah wanita ini sebagai iktibar dan pengajaran supaya tidak terperdaya oleh bengkel kereta yang tidak berhati perut dan sentiasa mengambil kesempatan terutama dimusim perayaan. SILA SHARE supaya tiada lagi mangsa yang terkena.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)