ody BARABEREH: lawak
Showing posts with label lawak. Show all posts

Friday, 21 November 2014

WANITA BELASAH LELAKI SAMPAI TERTANGGAL BAJU

No comments :


Memang ganazzz.. jom layan video di bawah....

Wednesday, 29 October 2014

10 GAMBAR LELAKI MIRIP USTAZ AZHAR IDRUS DIDEDAHKAN

No comments :

Baru-baru ini, tersebar meluas di media sosial video lu-cah individu mirip Ustaz Azhar Idrus (UAI). Ekoran dari penyebaran itu, para netizen berbalah sesama diri mengenai keaslian video berkenaan.

Bagaimanapun, UAI enggan memberi sebarang komen mahupun membuat laporan polis mengenai video tersebut. Keengganan UAI ini menyebabkan para netizen sekali lagi berbalah kononnya tindakan UAI itu mengiakan bahawa lelaki dalam video berkenaan adalah dirinya.

Justeru itu, para blogger² atau pakar forensik yang tidak bertauliah membuat risikan di media maya. Hasilnya, mereka menemui seorang lelaki yang juga pelakon dikatakan mirip UAI.











Slimane Dazi, pelakon yang berasal dari Perancis ini dikatakan mirip UAI. Mirip tetapi tidak 100%.

Jika dibandingkan wajah lelaki ini dengan individu dalam video berkenaan, nyata tidak sama. Secara logiknya, apa gunanya Slimane Dazi terlibat dalam video sebegini?

Anda nilaikan sendiri.

Sunday, 28 September 2014

GAMBAR SELFIE DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG & PEMAISURU JADI VIRAL DI FACEBOOK

No comments :

Sweet! Tiada siapa yang menyangka di usia sebegini, baginda berdua tidak ketinggalan berselfie mengikut trend anak-anak muda zaman ini.

Gelagat DYMM Yang di-Pertuan Agong Malaysia Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 87, bersama DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, 61, yang sempat dirakam oleh jurugambar Jabatan Penerangan Malaysia ketika lawatan bagina berdua ke negara China baru-baru ini. 

Thursday, 25 September 2014

ADEGAN FILEM TAMIL PALING GILA DALAM SEJARAH ANTARABANGSA (VIDEO)

2 comments :


Kita sedia maklum bahawa banyak adegan dalam filem Tamil memang banyak mengarut.

Ada dua kemungkinan selepas menonton video di bawah, sama ada anda tergamam tidak boleh terima sebab mengarut tahap gaban atau tidak henti-henti ketawa berdekah-dekah seperti admin.

KANTOI, ADEGAN DRAMA MELAYU GUNA TELEFON TERBALIK JADI BAHAN LAWAK

No comments :

Bukan nak mengata atau mengutuk .. tetapi inilah realitinya drama Melayu yang bawa malu betul ... katanya drama Cinta Ibadah, Maya Astro ...Pelakun wanita yang sedih pilu menalipon cara terbalik... dikatakan lama juga dia berbual.

Hey!!! Apa daaaa... ini perkara kecil mudah ada asas pun boleh silap .. betul-betul bikin malulah dari Pengarah, pelakun, penyuting dan saluran Astro yang siar drama ini tanpa tapisan terlebih dahulu.  OMAKKAU

Wednesday, 24 September 2014

SPENDERMAN ! SUSPEK TUTUP MUKA GUNA "SPENDER" JADI BAHAN LAWAK

No comments :

PETALING JAYA - Amat mengelikan hati. Gara-gara ingin menutup malu, beberapa suspek yang diiringi oleh pihak polis setelah selesai menghadiri satu prosiding perbicaraan di sebuah mahkamah disini hari ini dilihat ‘menyembunyikan’ wajah mereka menggunakan seluar dalam lelaki (spender).

Portal, Berita Harian hari ini memuat naik laporan bertajuk “Reman 15 Anggota, Pegawai Kastam Dilanjut Lima Hari” dimana foto yang disertakan bersama laporan tersebut telah menimbulkan unsur jenaka kepada ribuan pengikut portal berita tersebut.



Suspek yang ditahan berhubung kes penyeludupan arak dan rokok yang tidak dibayar duti dan cukai kastam sehingga menyebabkan negara mengalami kerugian RM4 bilion dilihat menggunakan kaedah yang ‘bijak’ untuk menutup wajah mereka dengan menggunakan seluar dalam berjenama Renoma.

Tindakan mereka secara langsung telah mencuit hati ribuan pengguna dilaman sosial tersebut yang menyifatkan ia suatu tindakan yang sangat kelakar.

Bagaimanapun, segelintir pengguna dilaman sosial tersebut turut menasihati pengguna laman sosial yang lain agar tidak mengaibkan mereka memandangkan suspek masih belum diputuskan samada bersalah ataupun sebaliknya, lapor Malaysian Digest.

7 JENIS TRAFIK JAM DI MALAYSIA, PALING RAMAI SUKA NO. 7

No comments :


Seringkali kita lihat jalan-jalan raya di Malaysia selalu mengalami trafik jam dimana kenderaan tersekat berjam-jam lamanya dan bergerak dengan kadar kelajuan yang sangat perlahan.

Tiada siapa mahu terperangkap dalam kesesakan jalan raya kan?

Tahukah anda kenapa kesesakan lalu lintas yang luar biasa berlaku di malaysia? Di bawah kami senaraikan 7 sebab sebenar.

1. Kesesakan disebabkan kenderaan rosak


Jika ada kenderaan yang rosak sama ada di tengah atau di bahu jalan, hanya ada satu sahaja penyelesaian bagi masalah ini, “towing”



2. Kesesakan disebabkan kemalangan

Kebanyakan kenderaan lain akan berhenti untuk memberi bantuan ‘kononnya’ tetapi ini secara tidak langsung menyebabkan kenderaan di belakang turut sama perlahan.



3. Kesesakan yang tiba-tiba muncul tanpa sebab

Pernahkah anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas tapi anda tidak tahu puncanya? Secara ajaibnya ketika anda maju kehadapan , lalu lintas kembali lancar, itulah yang kami gelar “Kesesakan yang tiba-tiba muncul tanpa sebab”



4. Kesesakan disebabkan perayaan

Tidakkah anda berharap anda berada disebelah lorong?



5. Kesesakan disebabkan waktu pulang pekerja kerajaan

Kesesakan disebabkan oleh sektor pekerja awam yang mula memenuhi jalan raya seawal 4.00 petang.



6. Kesesakan disebabkan sektor swasta

Kesesakan disebabkan oleh sektor pekerja swasta yang kebanyakkan tamat waktu bekerja pada 5.30 petang.



7. Kesesakan demi ‘mengelak jam’

Sering berlaku pada pukul 7.00 malam, kesesakan ini disebabkan anda memilih untuk pulang lewat bagi mengelak kesesakan lalu lintas ‘lah sangat’



Sunday, 14 September 2014

KECOMELAN ANAK ANJING BERADA DI DALAM AIR (10 GAMBAR)

No comments :

COMEL! Hebat sungguh hasil bidikan Seth Casteel ini. Jurugambar terkenal ini telah melatih 1500 anak anjing untuk mendapatkan gambar-gambar awesome ini. AmazingNara & LittleFriendsPhoto









KANTOI, PEROMPAK DICEKUP GARA-GARA BAU KENTUT

No comments :

Segamat – Seorang perompak yang bersembunyi di sebalik susunan tong gas ketika memecah masuk sebuah gudang di Paya Pulai di sini, kelmarin, berjaya ditahan polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, suspek berusia 21 tahun memecah masuk sebuah gudang milik syarikat pembinaan bersama seorang rakannya sebelum kehadiran mereka dikesan sepasukan polis yang menjalankan rondaan.

Ketika itu, seorang daripada perompak berkenaan terus melarikan di ke dalam semak manakala suspek bersembunyi di sebalik susunan tong gas di dalam gudang itu.

Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, pihaknya menerima laporan berlaku kejadian pecah masuk di gudang berkenaan dan bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan awal.

“Apabila tiba di lokasi, anggota kami dapat melihat dua lelaki memasuki gudang itu dan terus menghampiri kawasan berkenaan.

“Anggota kami memperkenalkan diri dan meminta mereka menyerah sebelum salah seorang daripada mereka melarikan diri ke kawasan gelap berhampiran semak dan gagal dikesan.

“Anggota yang menjalankan pemeriksaan di dalam gudang itu menggunakan lampu suluh sebelum terdengar bunyi kentut dan terhidu bau busuk,” katanya, lapor Hmetro.

Saturday, 23 August 2014

APABILA ORANG INDIA FASIH BERBAHASA KELANTAN

No comments :

Di Kelantan, apabila berbicara tentang bukan melayu bercakap melayu, sudah tentu kita tertumpu kepada bangsa Cina di negeri tersebut.

Seperti sedia maklum, orang Cina di Kelantan sememangnya unik kerana kebolehan mereka berbahasa kelantan tanpa pelat bahasa Cina.

Tapi, pernahkah anda melihat orang India di Kelantan berbahasa loghat Kelantan? Disini kami kongsi satu video yang merakamkan bagaimana orang India Kelantan berbahasa Kelantan.

Amat menakjubkan kerana mereka bukan sahaja fasih, malah berkata “Melayu dan India bagaikan adik-beradik”. Saksikan video ini, lapor SiakapKeli.com.

Thursday, 21 August 2014

VIDEO KJ & NAZRI AZIZ SAHUT CABARAN #ICEBUCKETCHALLENGE

No comments :

PETALING JAYA – Cabaran baldi ais ALS atau ALS ice bucket challenge semakin mendapat sambutan di Malaysia dengan terkini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz pula menyahutnya.

Semalam (Rabu), Khairy memuat naik video beliau melakukan cabaran itu serta melontarkan cabaran berkenaan kepada ratu skuasy negara Nicol David, Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Rahman Dahlan dan Nazri.
Khairy kemudian mengirim tweet gambar Nazri menyahut cabaran itu dengan nota, “Jadi Nazri Aziz sudah menerima cabaran saya. Menunggu @mpkotabelud @NicolDavid #IceBucketChallenge. “


Cabaran baldi ais ALS kini popular di media sosial, sama ada di kalangan selebriti dan orang awam yang mencampak air ais atas diri sendiri sebagai kempen kesedaran terhadap amyotrophic lateral sclerosis (ALS) atau lebih dikenali sebagai Penyakit Lou Gehrig.

Cabaran ini mensyaratkan peserta untuk merakamkan video mereka menuang air ais ke atas badan sendiri dan kemudian melontarkan cabaran terhadap tiga orang lain.

ALS ditakrifkan oleh Persatuan ALS sebagai penyakit kemerosotan neuro progresif yang menjejaskan sel-sel saraf dalam otak dan saraf tunjang.

Kemerosotan progresif neuron pergerakan dari otak ke saraf tunjang, dan dari saraf tunjang ke otot-otot, akhirnya membawa kepada kematian. Apabila tindakan otot terjejas, pesakit boleh menjadi lumpuh akibat penyakit ini, lapor Antarapos.

Monday, 11 August 2014

ZAIN ZAIDIN KONGSI GAMBAR "LOVE BITE" CHE TA !

No comments :

Lebih kurang jam 10 malam semalam (Isnin), Zain Saidin memuat naik sekeping gambar yang telah mencetuskan ramai peminat di akaun Instagram miliknya.

Gambar tersebut yang mempamerkan bahagian belakang Zain ditulis dengan kapsyen ‘Apabila Rozita Che Wan buat love bite ;p #bekam’.

Agak comel apabila Zain turut meletakkan tag nama isterinya@rozitachewan1 pada foto berkenaan.

Bagaimanpun foto Zain yang baru menjalani rawatan tradisional atau lebih dikenali bekam tersebut tidak dikritik oleh pengikutnya di Instagram, sebaliknya ramai tidak menyangka Zain Saidin seorang yang kelakar dan pandai bergurau.

Untuk pengetahuan, Zain dan Rozita Che Wan bakal menimang cahaya mata sulung mereka pada November depan.

Semoga ibu dan bayi dalam kandungan yang kini sudah masuk usia 7 bulan sihat sentiasa walafiat. Zain Saidin pasti orang paling teruja ketika ini untuk bergelar bapa. sumber

Thursday, 7 August 2014

GAMBAR KEMBAR SEIRAS DATUK LEE CHONG WEI !

No comments :

Gambar kembar pemain badminton perseorangan nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tersebar di laman sosial. 90% wajah dua individu ini hampir sama namun hanya jantina saja membezakan kedua-dua mereka.

Kembar Lee Chong Wei adalah seorang wanita bertudung. Tidak diketahui pula identiti wanita bertudung berkenaan.

Tuesday, 5 August 2014

12 GAMBAR KOLEKSI SELFIE BULU KETIAK MENJADI TREND DI CHINA

No comments :
 
Kegilaan terbaru melanda ramai wanita China apabila mereka berlumba-lumba menayangkan ketiak selekeh dan berbulu kerana tidak dicukur.

Gambar ketiak masing-masing kini dilaporkan memenuhi laman sesawang Weibo yang berfungsi seperti Twitter di China bagi menyahut cabaran untuk peraduan selfie bulu ketiak.

Peraduan yang diumumkan melalui internet pada 17 Julai lalu itu berjaya menarik lebih 28.5 juta orang yang mula menyumbang ribuan gambar dalam tempoh lima hari.