Friday, 11 July 2014
BERGADUH, QI RAZALI BUAT NELYDIA SENROSE MENANGIS
Ini bukan pertama kali hubungan Nelydia Senrosa dan Qi Razali didakwa mempunyai masalah. Namun sehingga kini mereka berdua masih teguh bersama dan memegang janji untuk mendirikan rumah tangga bahagia hingga ke akhirnya.
Melalui portal GUA hari ini, pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu mengakui baru-baru ini terdapat sedikit salah faham di antara mereka berdua sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan kecil di sebuah pusat membeli belah dan disaksikan oleh orang awam.
“Saya tidak terkejut sama sekali isu ini timbul kerana ia perkara normal dan ianya berlaku sangat pantas. Pada saya, normal jika sepasang kekasih berselisih faham tetapi perselisihan faham itu bukan kerana hubungan kami ada masalah, sebaliknya kerana isu luar yang lain,” katanya.
Khabarnya, pasangan ini bergaduh sehingga menyebabkan Nelydia Senrose menangis. - RotiKaya
p/s: amboi Qi Razali? Berani kau buat anak dara orang menangis?
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
alaaaa... saja nak cari publisiti...konon2 menangis,, nak bagi orang sekeliling ambik perhatian... poyo saja laaaa artis2 gedik ni....
ReplyDelete