Monday, 19 January 2015

KISAH BENAR DOA FIZO OMAR & MAWAR DI TANAH SUCI DIMAKBULKAN (4 GAMBAR)

No comments :

SERONOK rasanya melihat gambar artis-artis tempatan kita ke tanah suci yang dikongsi di Instagram milik mereka.

Tempoh hari kami ada menyiarkan foto milik Akim, Yuna, Mizz Nina dan suami, Noh Hujan ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.

Pada masa yang sama rupa-rupanya pelakon dan pengacara, Fizo Omar dan isteri Mawar turut berada di tanah suci.

Sebenarnya kami bukan sahaja tertarik dengan gambar yang dikongsi oleh Fizo Omar malah tertarik dengan kapsyen luahan hatinya.


Rupa-rupanya menurut Fizo, pada tahun 2012 dia pernah ke Jabbal Rahmah, Arafah bersama ibunya. Ketika itu dia memohon kepada ibunya supaya berdoa agar dia dipercepatkan jodoh.

Nak dijadikan cerita, Mawar ketika itu turut bersama keluarga di sana dengan niat dan doa yang sama. Namun, mereka tidak berjumpa antara satu sama lain.

“Sungguh besar kuasa ALLAH SWT yang telah memakbulkan doa kami, dan hari ini kami datang bersama sama sebagai suami isteri yang dikurniakan rezeki kebahagiaan yg melimpah ruah.” ujar Fizo dalam Instagramnya.

Tersentuh pula hati kami mendengar luahan kisah Fizo Omar dan isteri ini.

Dalam kapsyen tersebut, Fizo Omar turut meluahkan kesyukuran atas nikmat kebahagian yang dikurniakan bersama isterinya saat ini.





Inilah yang dikatakan jika kita benar-benar ikhlas dalam berdoa insyallah Allah SWT akan memakbulkannya.

Tambahan pula, berdoa di tanah suci merupakan tempat-tempat yang dimakbulkan Allah SWT.

Apa pun, kami doakan moga Fizo Omar dan isteri, Mawar bahagia sehingga ke syurga.

No comments :

Post a Comment