Monday, 19 January 2015

BARANG YASSIN SYJ DILELONG AKIBAT GAGAL SEWA RUMAH

1 comment :

INI memang panas, katanya barang-barang rumah pelawak Yassin sudah dilelong akibat kegagalannya membayar sewa rumah.

Kisahnya bermula apabila pelawak ini dan keluarganya dikatakan enggan melunaskan sewa bulanan rumah yang diduduki di Damansara.

Akibatnya, selepas lima bulan bersabar, tuan rumah mengambil keputusan untuk mengunci rumah tersebut serta merta.

Jadinya, tidak tahu di mana Yassin tinggal kini memandang hampir kesemua barangnya masih berada dalam rumah tersebut.

Ekoran tindakan tuan rumah itu, Yassin dan keluarganya memang tidak sempat mengambil apa-apa barang dalam rumah tersebut.

Cerita si tuan rumah, dia ingatkan si pelawak ini berusaha menghubunginya selepas itu untuk berbincang soal tunggakan yang bernilai lebih RM30,000, namun sangkaannya meleset.

Hanya selepas dua bulan, baru Yassin menghubunginya untuk bertanyakan mengenai barangan rumah yang ditinggalkan itu.

Bagaimanapun, kelewatan Yassin itu hanya merugikannya memandangkan tuan rumah telah mengambil keputusan melelong semua barang-barang yang ditinggalkan. Apatah lagi, amaran telah diberitahu terlebih dahulu.

Jangan ingat tuan rumah ini kejam tau! Disebabkan tunggakan hutang Yassin, tuan rumah terpaksa menjual rumahnya sebelum pihak bank menyita kediaman jenis kondominium itu.

Daripada menanggung hutang yang berlambak, ada baiknya dia melelong isi rumah yang ditinggalkan, boleh juga dibuat duit belanja bayar itu ini walaupun jumlah yang diperoleh tidaklah seberapa.

Jadi, dia juga tidak boleh berbuat apa-apa memandangkan terpaksa berhadapan dengan keadaan yang lebih teruk.

Katanya dia juga tidak sangka pelawak ini sanggup buat begitu, kerana pada mulanya dia beranggapan tentunya menyewakan rumah kepada seorang selebriti tidak akan mendatangkan sebarang masalah.

Rasanya sewa rumah itu hanya RM1,450 sebulan, mustahil untuk seorang pelawak terkenal seperti Yassin tidak mampu membayar bukan?

Hosted on: kamithemedia.blogspot.com

1 comment :

  1. Sewa rumah rm1450 sebulan.. mcm mana bleh sampai 30k? 20 bulan xbayar?

    ReplyDelete