Thursday 17 July 2014

".... IANYA TELAH DIBUKTIKAN OLEH KIKI" -BUNG MOKTAR RESPON ISU KIKI #CDM25

No comments :

Baru sahaja reda kontroversinya berkaitan Hitler dan kemenangan Jerman dalam Piala Dunia, anggota Datuk Bung Moktar Radin sekali lagi menarik perhatian rakyat Malaysia.

Juga melalui Twitter, anggota parlimen Kinabatangan itu berkata, insiden pembulian jalanan terbaru melibatkan Fairrah Asyikin Kamaruddin atau Kiki membuktikan pandangannya sebelum ini berhubung sikap pemandu wanita.

“Saya pernah dikecam apabila berkata kebanyakan pemandu wanita panas baran.. ia telah dibuktikan oleh... Kiki. CDM25...,” tulisnya.

Bung tidak lama dulu pernah mencetuskan kontroversi kerana mengkritik cara pemanduan kaum wanita.

Haii.. nampaknya tak habis-habis kontroversi demi kontroversi terus melanda wanita ini. Lepas ini siapa pula yang akan buat cerita lagi. SUMBER: GOSIPPANAS

No comments :

Post a Comment