Wednesday, 16 July 2014

" ISTERI YANG MINTA CERAI, SAYA AKUR " - EZANY NIZARIF

No comments :

PETALING JAYA – Pelakon Ezany Nizarif mengesahkan bakal bercerai dengan isterinya, Lizda Nuryanti, 32, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Ezany, 41, berkata, walaupun berat hatinya untuk berbuat demikian namun dia terpaksa akur selepas didesak oleh Lizda agar dia melafazkan talak.

“Hubungan kami suami-isteri sudah berada di hujung tanduk. Tiada apa yang dapat diselamatkan lagi.

“Sebenarnya dia yang minta (cerai). Dan sebelum ini pun, sudah banyak kali dia minta. Tujuh tahun kami bersama akhirnya saya terpaksa akur dengan permintaan dia,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak.

Ezany dan Lizda akhirnya bercerai selepas tujuh tahun berkahwin.– mynewshub

No comments :

Post a Comment