Sunday 20 July 2014

KANAK-KANAK 9 TAHUN MENGEJUTKAN DUNIA, KAHWIN DENGAN WANITA 62 TAHUN !

No comments :
 
MPUMALANGA (Afrika Selatan) - Seorang kanak-kanak lelaki mengejutkan dunia apabila muncul sebagai pengantin lelaki termuda buat kali kedua, pada usia sembilan tahun.

Saneie Masilela mengahwini seorang wanita berusia 62 tahun buat kali kedua selepas berkahwin pertama kalinya setahun lalu.

Menurut Saneie, upacara perkahwinan itu dilakukan kembali sebagai upacara rasmi tetapi ia dianggap sebagai sesuatu yang menjelekkan bagi penduduk kampung, lapor portal The Mirror.

Kedua-dua buah keluarga mendakwa, perkahwinan itu merupakan satu ritual selepas Saneie diberitahu oleh nenek moyang yang sudah mati supaya berkahwin pada tahun lalu.

Saneie bagaimanapun berkata apabila dia dewasa, dia akan mengahwini wanita yang seusia dengannya.

Menurut ibunya, ritual ini dilakukan bagi mengelak bala.

“Dengan cara ini, nenek moyang kami akan bahagia. Jika tidak tunaikan seperti yang diminta maka perkara buruk akan berlaku dalam keluarga,” katanya, lapor TRP.

No comments :

Post a Comment