Wednesday, 23 July 2014
#MH17: APA AKAN TERJADI KEPADA MAYAT MANGSA ?
Sementara keranda mayat mangsa nahas pesawat MH17 yang diterbangkan dari lokasi kejadian ke Belanda, tersusun dalam satu upacara rasmi yang memilukan, CNN melaporkan, berbelas saintis forensik di sebuah pangkalan tentera di sana sedang bersedia untuk tugasan berat.
Mereka akan mengenal pasti identiti mangsa yang terdiri daripada 298 penumpang dan anak kapal – termasuk kanak-kanak – yang terbunuh apabila pesawat MAS Boeing 777 yang mereka naiki terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai.
Menurut CNN, semua jasad dan anggota badan yang ditemui di tapak kejadian itu akan dibawa ke Hilversum, Belanda, di mana sekumpulan pakar dari unit forensik kebangsaan Belanda (Landelijk Team Forensische Opsporing atau LTFO) akan melakukan sedaya upaya mereka mengecam mayat dan memulangkannya kepada waris.
“Kita tidak tahu kewarganegaraan setiap jasad,” kata Jos van Roo dari LTFO seperti dipetik CNN.
“Jadi, kami cuba mengenal pasti semua mayat. Kami juga berhubung dengan negara lain untuk mendapatkan kerjasama dalam melakukannya,” katanya.
LTFO berpengalaman dalam malapetaka besar lain seperti tsunami Asia pada 2004, kapal terbang Afriqiyah Airways 771 yang terhempas di Libya pada 2010 dan insiden lain di Belanda.
Van Roo memberi jaminan mereka akan terus memelihara mayat dengan baik sebagai tanda hormat kepada mangsa elak daripada menambahkan lagi kesedihan kepada keluarga mereka.
Pakar forensik: Mesti sangat teliti dan tepat
Ia satu tugas yang cermat dan teliti, kata Van Roo:”Ada banyak jasad dan anggota badan. Semuanya perlu diperiksa. Mesti teliti dan tepat. Kita mesti pastikan kita tidak tersilap dalam memulangkan mangsa kepada keluarga mereka.”
Menurut CNN, pasukan ini memulakan kerja dua hari lalu di lokasi kejadian iaitu di sebuah ladang di Ukraine dekat sempadan Rusia di mana jatuhnya MH17 dan semua penumpangnya yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, pakar forensik genetik, Denise Syndercombe-Court dari King’s College London dilaporkan berkata, sesetengah proses pengecaman dijangka agak mudah, lapor TMI.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment