Thursday, 17 July 2014
#MH17: "BAGUSLAH ORANG TUA TU MATI DENGAN #MH17" -@LISAHASYIM GEMBIRA BAPA MATI DALAM PESAWAT?
Tidak diketahui apa motif pengguna Twitter yang bernama Lisa Hasyim ini. Dikala orang ramai terkejut dan terkedu dengan berita pesawat MH17 terhempas di sempadan Rusia, dia sewenang-wenangnya mencemari hashtag #MH17 dengan kata-kata seperti itu.
Bagaikan tiada perasaan simpati langsung terhadap mangsa mahupun ahli keluarga mangsa. Persoalannya, apakah benar bapanya berada di dalam pesawat itu?
Katanya lagi, dia tidak kisah bapanya mati dalam insiden tragis berkenaan kerana selama ini bukan bapanya yang menyara kehidupannya. Lisa Hasyim mengibaratkan bapanya ‘Haruan Makan Anak!’
Dan hari ini merupakan hari yang paling bahagia buat dirinya. Bagi Lisa, orang yang sibuk bercakap tentang MH17 itu bodoh.
Namun setelah diperhatikan, akaun Twitternya itu baru saja diwujudkan sejam yang lalu. Dipercayai bertujuan mencemari hashtag MH17.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment