Sunday 20 July 2014

#MH17: KOTAK HITAM PESAWAT DITEMUI & DISOROK PUAK PEMISAH (2 GAMBAR)

No comments :
Gambar yang kurang jelas dikongsikan oleh NBC menunjukkan seorang lelaki memegang kotak hitam yang ditemui di kawasan nahas pesawat MH17. Namun, tiada maklumat mengenai di mana kotak hitam itu berada pada masa ini. Meskipun ada yang mengatakan pegawai di dalam gambar tersebut adalah pegawai keselamatan Ukraine, namun Kerajaan Ukraine menafikan mereka menyimpan kotak hitam tersebut.

Nampaknya, ada pihak yang cuba memadamkan bukti. Sudahlah 196 mayat yang ditemui di’rampas’ dan di bawa entah ke mana, kotak hitam pula disorok. Kotak hitam tersebut adalah hak Kerajaan Malaysia. Bukannya hak milik puak pemisah yang berkepentingan politk.


Namun, apa gunanya kotak hitam jika satu dunia sudah tahu nahas MH17 ini angkara siapa? Apa yang perlu sekarang ialah, Kerajaan perlu bertegas dan membawa pihak terbabit ke muka pengadilan di atas nama Jenayah Antarabangsa.

No comments :

Post a Comment