Friday, 18 July 2014
#MH17: SALAH SEORANG MANGSA ADALAH PENSYARAH UMS
SIARAN AKHBAR UMS
MH17 : Seorang Penumpang Kakitangan UMS
Saya ingin mengesahkan bahawa seorang penumpang yang terlibat dalam nahas kapal terbang MH17 merupakan kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Kakitangan tersebut ialah pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan dalam jurusan Teaching English as a Second Language (Tesl).
Ng Shi Ing, 33, ditugaskan menghadiri Persidangan Antwerp CALL 2014, the XVIth International CALL Reaseach Conference di Unversity of Antwerp, Belgium sebagai pembentang kertas kerja.
Pensyarah tersebut yang sepatutnya dijadual kembali bertugas pada isnin depan turut ditemani anaknya yang berusia satu tahun serta adik perempuannya yang dipercayai bersama-sama berada dalam tragedi kapal nahas berkenaan.
Berasal dari Muar, Johor, pensyarah yang memulakan tugas di UMS sejak September 2011 itu merupakan anak kedua dalam enam adik beradik pasangan Ng Pae Soon, 67 dan Tan Ah Chin 62.
Suaminya, LT Komander Lee Vee Wen, 35, merupakan seorang Pegawai Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) di pangkalan TLDM Sepanggar.
Berpewatakan ceria dan peramah, beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Teaching Englis as a Second Lenguage), Universiti Teknologi Malaysia (ITM) dan berkelulusan Sarjana Pendidikan ( Teaching English to Speakers og Other Language) dari Edinburgh University, Scotland.
Rakan-rakannya menyifatkan beliau sebagai seorang pensyarah yang rajin dan amat berdedikasi terhadap tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Beliau aktif menghadiri seminar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai pembentang kertas kerja seperti di Providence University,Taichung, Taiwan dan Beijing Foreign Studies University, China.
IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI MH17 DI SINI
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment