Sunday 20 July 2014

#MH17: SAYU, SUARA PRAMUGARA NYANYI DENDANG PERANTAU SEBELUM PESAWAT BERLEPAS DIDEDAHKAN

No comments :
 SHAIKH MOHD NOOR

Rakaman lagu Dendang Perantau oleh seorang pramugara MH17 pasti menyentuh hati ramai orang yang mendengarnya. Shaikh Mohd Noor merakamkan lagu Aidilfitri tersebut sebelum berlepas dari Amsterdam menuju ke negara kelahirannya, Kuala Lumpur. 

Adik Shaikh Mohd Noor, Siti Noradziah berkata apa yang paling terkesan dalam kalangan mereka adik-beradik ialah apabilah Shaikh Mohd Noor menghantar klip suara nyanyiannya menerusi aplikasi Whatsapp. 

"Masa hari jadi mak 14 Julai lepas, abang ada nyanyi lagu 'happy birthday' untuk mak dan hantar dalam group Whatsapp kami adik beradik. Abang juga ada hantar lagu 'Dendang Perantau' dendangan P.Ramlee yang dia nyanyi kepada kami," katanya. 

Menurut keluarganya di Klang, Shaikh Mohd Noor antara kru yang sepatutnya menaiki MH370 ke Beijing 8 Mac lalu. Namun, perubahan jadual menyebabkan Shaikh Mohd Noor tidak menaik pesawat berkenaan. 

Antara bait-bait ungkapan abangnya yang masih diingati Noradziah ialah, "kenapalah abang tiada dalam pesawat MH370 tu... kan best kalau meninggal dalam kapal terbang, satu dunia akan sedekahkan Al-fatihah untuk abang".

Tetapi kali ini, kepulangannya dari Belanda ke tanak air bertukar tragedi apabila dia berada dalam pesawat MH17. 

Dengar rakaman Suarah Shaikh Mohd Noor : KLIK SINI

No comments :

Post a Comment