Tuesday, 15 July 2014
UPDATE: PEUGEOT CDM25 JADI BAHAN LAWAK DI LAMAN SOSIAL (13 GAMBAR)
Ekoran dari kejadian yang memalukan itu, pakar-pakar CSI yang tidak bertauliah dari Facebook mula menyiasat dan hasilnya mereka berjaya menemui Facebook pemilik Peugeot CDM25 yang hangat diperkatakan.
Sebelum itu, rujuk:
MEMALUKAN, VIDEO WANITA MENGAMUK KERETA "BARU" DILANGGAR SEDIKIT
UPDATE: LUAHAN ANAK UNCLE KENA BULI OLEH PEMILIK PEUGEOT
Sebelum kejadian pelanggaran terbabit, Nik Azizul mendedahkan ibunya meletakkan kenderaan bersebelahan dengan CDM25 tersebut di UTC. Oleh kerana parking space yang begitu terhad dan kecil, ibunya terpaksa parking senget sedikit.
Tetapi pemilik CDM25 atau Kiki Kamaruddin ini dengan sengajanya menolak pintu kereta mahalnya itu dengan kuat sehingga terkena pada kereta ibu Azizul dan meninggalkan kesan calar.
Tanpa meminta maaf ataupun senyum, Kiki terus keluar dari parking. Tidak lama kemudian, kereta CDM25 dilanggar oleh uncle terbabit. Karma?
Tidak cukup dengan itu, pakar CSI Facebook juga mendedahkan gambar-gambar milik Kiki Kamaruddin dan page-page yang dikendalikan olehnya seperti berikut:
Ada pula segelintir pengguna Facebook yang nakal menjadikan insiden ini sebagai bahan lawak.
Nampaknya Peugeot 208 dan Steering Lock percuma ini menjadi bahan bualan minggu ini berbanding dengan kes-kes ulat dalam juadah berbuka yang dibeli di bazar ramadhan.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment