Tuesday, 22 July 2014

YUNA HIASI MUKA DEPAN MAJALAH COSMOPOLITAN DENGAN FESYEN BARNEY AND FRIENDS

No comments :

Ok ini agak kelakar juga sebenarnya. Ada peminat yang menyamakan fesyen yang digunakan oleh Yuna untuk muka depan majalah Cosmopolitan adalah serupa dengan kartun Barney and Friends. Kasar juga persamaan yang diberikan. Mentang-mentanglah Yuna memakai baju serta tudung berwarna ungu.

Namun setiap kali Yuna tampil menghiasi majalah atau berkongsi imej terbarunya, pasti ia membuatkan para peminat penyanyi hebat ini berbelah bahagi. Ada yang menyokong, ada yang membantah dan ada yang menjadi orang tengah. Yang menyokong gembira dengan gaya ‘international’, yang membantah kecewa Yuna tidak seperti dahulu dan macam-macam lagi.


 Sekali pandang memang nampak ‘up to date’, mengikuti perkembangan fesyen dan ada tarikan tersendiri. Mungkin Yuna lebih mengerti apa yang dimahukan oleh peminat luar negaranya. Jadi kita selaku peminat, sokonglah setakat mana termampu.

No comments :

Post a Comment