Wednesday, 20 August 2014

DAYANG, DIANA DIKRITIK TAYANG LURAH DADA

No comments :

SEBENARNYA, agak jarang kita mendengar cerita tidak enak mengenai penyanyi hitam manis, Dayang Nurfaizah. Tapi, gara-gara gambar yang dimuatnaik oleh Lisa Surihani menerusi akaun Instagramnya, ramai pula yang menghentamnya.

Gambar tersebut memaparkan Dayang bersama Awal Ashaari, Tiz Zaqyah, Lisa dan Diana Danielle selepas satu sesi penggambaran sebuah majalah, semalam.


Ternyata pakaian yang dipakai oleh penyanyi itu agak terdedah di bahagian dada sehingga mengundang kritikan ramai. Pada masa yang sama, Diana juga turut menerima teguran yang hampir serupa lantaran statusnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Harapnya, kedua-dua mereka dapat menerima secara positif teguran tersebut ya.Apapun, pesanan kami kepada tukang komen, berilah komen secara sopan dan berhemah, lapor Mynewshub.

No comments :

Post a Comment