Saturday, 23 August 2014
GURU HINA RAKYAT SABAH: USTAZAH NOR MASTURA SEDIA MOHON MAAF SECARA TERBUKA
Penempatan
guru-guru dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak bukan perkara
baru kerana ia dilakukan sebagai sebahagian daripada integrasi nasional
Ustazah Nor Mastura bersedia meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya yang dikatakan memperkecilkan kualiti intelek penduduk Sabah dalam posting di Facebook miliknya, baru-baru ini.
Guru agama di Sekolah Kebangsaan di Tenom itu juga kesal kerana membuat komen itu yang menyinggung perasaan warga netizen, yang mana pos itu dikongsi secara meluas di rangkaian sosial.
Beliau berkata demikian kepada wakil-wakil dari Kesatuan Guru Kerajaan Sabah dalam pertemuan mereka semalam.
Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Jame Alip berkata, mereka mengumpul laporan penuh mengenai komen yang dibuat ustazah itu dalam akaun Facebook miliknya untuk diserahkan kepada Kementerian Pelajaran tidak lama lagi.
“Saya sudah memberi taklimat kepada mereka (kementerian) berdasarkan laporan awal dan akan membuat siasatan lanjut perkara itu sebelum menghantar laporan penuh kepada kementerian.
“Kementerian mempunyai prerogatif untuk membuat keputusan sama ada mengambil tindakan atau jenis tindakan yang akan dikenakan terhadap guru itu,” katanya.
Bagaimanapun, Jame menyifatkan perkara itu sebagai “bukan isu” kerana guru yang bertugas di sekolah-sekolah di Sabah masih rakyat Malaysia, tidak kira dari mana mereka datang.
“Penempatan guru-guru dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak bukan perkara baru kerana ia dilakukan sebagai sebahagian daripada integrasi nasional,” katanya.
Jame menambah bahawa “hanya 10% dan 20% guru dari Semenanjung dan Sarawak, manakala selebihnya adalah guru tempatan yang bertugas di sekolah rendah dan menengah di Sabah”. sumber

Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment