ody BARABEREH: berita
Showing posts with label berita. Show all posts

Tuesday, 30 December 2014

UPDATE: 3 GAMBAR JASAD PENUMPANG PESAWAT #AIRASIA #QZ8501 TERAPUNG

No comments :
3 Gambar mayat manusia ditemui di lokasi pencarian pesawat Airasia QZ8501 yang terputus hubungan pada ahad pagi.

Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat di perairan Selat Karimata. 6 Mayat ditemui, 3 mayat sudah dievakuasi.

"Ada lebih dari satu mayat yang ditemukan," kata Kabasarnas Marsekal Madya FHB Soelistyo ketika dihubungi media.

Berikut adalah gambar tersebut:





Tuesday, 25 November 2014

DETIK-DETIK RIDER KEMALANGAN PUTUS KAKI & TANGAN DI KM61.5 KLUANG (VIDEO)

No comments :


Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam sebuah kemalangan di KM 61.5 Kluang, lebuh raya utara selatan.

Dalam kejadian yang berlaku pada 10.40 pagi tadi, penunggang motosikal berkuasa tinggi gagal mengawal kenderaannya selepas sebuah kereta di hadapannya menukar laluan secara tiba-tiba.

Mangsa Suhaizim Mohamed Noor, 34, sedang berkonvoi dari Johor Bahru menuju ke Ayer Hitam sebelum melanggar sebuah kereta dan terbabas ke pembahagi jalan.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Ducati Monster 795 itu putus tangan serta pergelangan kaki kiri akibat terlanggar besi penghadang jalan. Mangsa maut di tempat kejadian.

Kemalangan itu sempat dirakam oleh sebuah kenderaan yang memasang kamera perakam perjalanan.  SUMBER: PAHANGTODAY





Thursday, 20 November 2014

JAWAPAN TNB TERHADAP DAKWAAN PEKERJA PUKUL PENDUDUK KAMPUNG

No comments :

Kes pukul penduduk oleh pekerja TNB di Guar Nangka Perlis masih dalam siasatan polis: Gambar pemilik tanah terbaring adalah disebabkan beliau terjatuh ketika cuba menghalang pihak kontraktor melakukan kerja-kerja tensioning. Tiada sebarang physical contact berlaku ketika kejadian.

Semalam telah menjadi perbualan hangat di media sosial di mana seorang isteri dikatakan cuba melindungi suaminya dari terus dibelasah oleh kakitangan TNB kerana keengganannya membenarkan pihak TNB memasang kabel bervoltan tinggi merentasi kawasan tanah beliau kerana tidak diberi pampasan oleh TNB.

Dibawah adalah gamabr-gambar yang tersebar di media sosial.

Dalam kejadian yang didakwa berlaku di Guar Nangka, Perlis itu bagaimana pun masih dalam siasatan pihak polis kerana terdapat percanggahan dalam laporan yang dibuat oleh kedua-dua pihak.


Berikut adalah kenyataan daripada pihak TNB di petik melalui laman sosialnya.

“Bahagian Penghantaran TNB telah memaklumkan pihak admin bahawa kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lepas apabila kontraktor TNB sedang menarik pilot wire di tanah pemilik. Sebelum itu, Bahagian Penghantaran telah cuba menyerahkan cek pampasan tetapi pemilik tanah enggan menerimanya.


Pasukan projek telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut dan pemilik tanah juga membuat laporan polis dengan kenyataan yang berbeza.

Pihak polis telah menjalankan siasatan dan menasihatkan pihak TNB untuk membuat laporan polis kedua mengenai kes ini.

Kes ini telah menjadi kes polis dan di harap warga kerja tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan.”

Bagaimanapun kami telah cuba mendapatkan respon dari pihak TNB tetapi tiada maklumat diperolehi kerana kes ini masih didalam siasatan.

Wednesday, 12 November 2014

KEPALA PUTUS AKIBAT PERGADUHAN DI PERMATANG PAUH (4 GAMBAR)

No comments :


Kepala lelaki terputus dan ada yang cedera parah akibat pergaduhan warga asing yang di percayai berlaku antara warga Asing Bangladesh dan Myanmar.

Mengikut sumber facebook Daily Traffic Report kejadian ini berlaku di Permatang Pauh Pulau Pinang, namun kesahihan tidak dapat di pastikan.


Kes ini sedang di siasat oleh pihak berwajib untuk mengetahui punca sebenar kejadian ngeri itu, keadaan mayat sungguh menyayat hati. Credit Daily Traffic Report

Wednesday, 24 September 2014

PEMILIK CCTV DALAM TANDAS KAFETERIA UIA UGUT SEBAR RAKAMAN SELEPAS KANTOI

No comments :

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kes pemasangan kamera CCTV dalam sebuah tandas di kafetaria Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Kamera itu ditanam di dalam dinding tandas berkenaan.

Berikut adalah kenyataan dari kelab Ma'ruf IIUM


Susulan dari kes tersebut, nampaknya individu yang memasang CCTV berkenaan tidak berpuas hati dengan pembongkaran tersebut. Menurut apa yang dilaporkan, individu tersebut mengugut untuk menyebar dan menjual video rakaman dari kamera tersebut. Mesej ugutan itu dapat dilihat ditulis di cermin dan juga pintu tandas.




Kelab Ma'ruf IIUM sekali lagi membuat kenyataan berkenaan isu terbabit di laman Facebooknya. Kelab itu meminta pihak berwajib supaya mengambil tindakan segera terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti yang tidak bertanggungjawab itu:

Sunday, 14 September 2014

KANTOI, PEROMPAK DICEKUP GARA-GARA BAU KENTUT

No comments :

Segamat – Seorang perompak yang bersembunyi di sebalik susunan tong gas ketika memecah masuk sebuah gudang di Paya Pulai di sini, kelmarin, berjaya ditahan polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, suspek berusia 21 tahun memecah masuk sebuah gudang milik syarikat pembinaan bersama seorang rakannya sebelum kehadiran mereka dikesan sepasukan polis yang menjalankan rondaan.

Ketika itu, seorang daripada perompak berkenaan terus melarikan di ke dalam semak manakala suspek bersembunyi di sebalik susunan tong gas di dalam gudang itu.

Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, pihaknya menerima laporan berlaku kejadian pecah masuk di gudang berkenaan dan bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan awal.

“Apabila tiba di lokasi, anggota kami dapat melihat dua lelaki memasuki gudang itu dan terus menghampiri kawasan berkenaan.

“Anggota kami memperkenalkan diri dan meminta mereka menyerah sebelum salah seorang daripada mereka melarikan diri ke kawasan gelap berhampiran semak dan gagal dikesan.

“Anggota yang menjalankan pemeriksaan di dalam gudang itu menggunakan lampu suluh sebelum terdengar bunyi kentut dan terhidu bau busuk,” katanya, lapor Hmetro.

Friday, 12 September 2014

MUHYDDIN TAK MAHU JAWAB, HISHAMUDDIN JAWAB BERITA PALSU

No comments :

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan laporan berita Malaysia menawarkan kepada Amerika Syarikat menggunakan salah satu pangkalannnya untuk menjadi pusat mendarat pesawat pengintipan maritimnya.

“Tidak benar,” katanya ringkas apabila soalan itu dibangkitkan di sidang akhbar di Tumpat hari ini.

Beliau enggan mengulas lanjut, hanya mengatakan laporan agensi berita antarabangsa Reuters itu palsu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menolak soalan itu, meminta pemberita merujuk perkara itu kepada Hishammuddin.

“Anda perlu tanya menteri pertahanan,” katanya, lapor TMI.

Wednesday, 10 September 2014

KRONOLOGI KES PEMANDU AMBULANS ROGOL JURURAWAT HOSPITAL MERSING

No comments :


Mersing Rpt: 4222/14.

Pada 04/09/14 jam lebih kurang 0045 hrs semasa pengadu bertolak dari Hospital Sultan Ismail dan berada dlm perjalanan pulang ke Hospital Mersing, pengadu duduk bahagian tempat duduk belakang dan seorang lagi pembantu bernama Hamizan duduk di tempat duduk hadapan bersama pemandu ambulans bernama Zailani.

Sampai sahaja di Hospital Mersing, Hamizan pun terus masuk ke dalam wad kecemasan manakala pengadu pula mengemaskan barang utk di bawa turun dari ambulans.

Sudah menjadi prosedur di mana pemandu ambulans akan meminta pengadu utk tandatangan buku penggunaan ambulans. Zailani menyuruh pengadu duduk di depan utk tandatangan buku penggunaan ambulans. Pengadu kata sekejap lagi kerana pengadu nak kemas brg lagi. Pengadu kemudian tandatangan dan mengemas semula brg tetapi Zailani suruh pengadu biarkan sahaja dan Zailani menawarkan utk menghantar pengadu ke wad 4. Pengadu tolak pelawaan Zailani dan meneruskan mengemas brg. Kerana terlalu penat,pengadu terlelap dlm ambulans dan apabila terjaga pengadu dapati ambulans telah berada di belakang asrama hospital.

Pengadu cuba buka pintu ambulans tetapi pintu dlm keadaan berkunci. Keadaan yg gelap menyukarkan pengadu mencari sesuatu utk membuka pintu ambulans. Tanpa pengadu sedari Zailani telah berada di belakang pengadu dan Zailani terus #meme-luk pengadu dan #menci-um mulut pengadu.

Zailani terus baringkan pengadu dan menyelak baju pengadu dan #menghi-sap buah dada pengadu. Zailani cuba membuka seluar pengadu dan berlaku pergelutan dan akhirnya Zailani berjaya membuka seluar pengadu dan #menji-lat #kema-luan pengadu.

Zailani kemudian membuka seluar dan memasukkan #kema-luannya ke dalam #kema-luan pengadu. Lebih kurang 2 kali Zailani #henjut, Zailani #meman-cutkan air #ma-ni di atas perut pengadu.

Butir-butir rampasan:

1. Barang: 1 helai Seluar panjang kerja warna coklat.
Tempat dijumpai: dalam bilik rumah No. 18 Berek Hospital Mersing.

2. Barang: 1 helai seluar dalam warna maroon jenama Alain Delon.

3. Barang: 1 helai jaket warna hitam tertera nama "Zailani"
Tempat dijumpai: dlm bilik pemandu ambulans Hospital Mersing.

4. Barang: 1 helai baju t-shirt berwarna kuning.
Tempat dijumpai: dlm bilik pemandu Hospital Mersing.

SUMBER: MYMEDIAHUB

Thursday, 28 August 2014

NGERI, KEPALA PEMANDU TOYOTA HILUX PECAH DIHIMPIT MINUMAN HEINEKEN !

No comments :
Pendang: Seorang pemandu lelaki maut dalam keadaan yang mengerikan apabila kepalanya pecah akibat terhimpit dengan beberapa karton minuman keras yang dimuatkan dalam pacuan empat roda Toyota Hilux selepas kereta yang dipandunya melanggar belakang sebuah treler dalam kemalangan di KM55.7, Lebuhraya Utara-Selatan semalam.

Dalam kejadian pada jam 5.40 pagi, anggota bomba terpaksa mengutip setiap cebiasan otak mangsa yang berusia 30 tahun berasal dari Jitra yang sudah tidak bernyawa dalam kenderaannya.




Kereta Toyota Hilux terbabit sarat dengan minuman keras Heineken dipercayai dalam perjalanan dari Alor Setar menuju ke Sungai Petani sebelum merempuh belakang treler yang membawa muatan simen dari arah yang saman.

Kereta mangsa dipercayai gagal mengelak treler simen yang tiba-tiba memasuki lorong kanan menyebabkan kemalangan tersebut. - Harian Metro

Wednesday, 27 August 2014

NGERI ! VIDEO LELAKI MASIH HIDUP SELEPAS KEPALA TERTUSUK BESI (5 GAMBAR)

No comments :

BEIJING - Nyawa masih panjang. Seorang lelaki yang sedang mengubah suai rumahnya terjatuh dan kepalanya tertusuk pancang besi di wilayah Guangxi.

Mangsa, Ho, 50, tertusuk besi sepanjang lebih setengah meter di bahagian kanan dahi serta menembusi rahang kirinya.

Doktor yang merawat mangsa juga terkejut melihat keadaan mangsa yang bukan sahaja masih hidup tetapi juga berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital.

Bagaimanapun, doktor terpaksa memanggil pasukan bomba untuk memotong sebahagian besi tersebut untuk memudahkan pembedahan rumit yang akan dilakukan pada mangsa bagi mengeluarkan besi berkenaan.

Menurut doktor, Ho bernasib baik kerana besi yang menembusi kepalanya itu tidak terkena pada oragan penting dan otak yang boleh menyebabkan mangsa mati serta merta.









Keadaan Ho semakin pulih dan mungkin dibenarkan keluar dari hospital tidak lama lagi. - Mail Online

UPDATE: DUA MODEL SEPARUH BOGEL DI IPOH PERAK MENGAKU BERSALAH

No comments :

IPOH - Dua model yang berpakaian menjolok mata ketika sesi fotografi di lampu isyarat Jalan Sultan Yusof di sini kelmarin, mengaku salah di Mahkamah Majistret sebentar tadi.

Model lelaki, Low Kah Wai, 27 dan model wanita, How Jo Yee, 21 didakwa secara bersama menimbulkan kegusaran awam di lampu isyarat berkenaan yang juga di depan sebuah bank pada jam 9 pagi, 25 Ogos lalu.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhi hukuman denda RM400 setiap seorang atau penjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Andrew Soong, lapor Berita Harian.

Tuesday, 26 August 2014

ISU TERGENDALA , ASTRO BALAS DENGAN PEMBERIAN "HADIAH" KEPADA PELANGGAN

No comments :

Berikutan gangguan perkhidmatan astro baru-baru ini, pihak astro telah meminta maaf dan mengeluarkan kenyataan bahawa gangguan itu disebabkan kebakaran.

Akibat dari gangguan itu, pihak Astro telah mendapat kritikan ramai. Tapi sebagai tanda meminta maaf dan penghargaan kepada pengguna, pihak Astro telah membuka kesemua salurannya(kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) secara percuma bermula 29 Ogos, 6 Petang sehingga 1 September, 12 malam kepada pelanggan di semenanjung, lapor Siakapkeli.com.

Berikut adalah kenyataan dari Astro.

Pelanggan Astro yang dihargai,

Kami amat meminta maaf atas gangguan perkhidmatan yang berlaku pada pukul 6 petang, 24 Ogos 2014, yang telah menjejaskan siaran 78 saluran termasuk sistem telefon pusat panggilan kami. Gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh sebuah kebakaran di premis kami di Bukit Jalil.

Pihak Bomba telah segera dimaklumkan. Keselamatan kakitangan kami menjadi keutamaan, oleh itu premis tersebut telah dikosongkan. Api berjaya dipadamkan pada pukul 6.30 petang dan kakitangan bertugas hanya dibenarkan memasuki semula premis setelah dibenarkan oleh pihak Bomba pada pukul 7.30 malam.

Keutamaan kami serta-merta adalah untuk mengembalikan siaran saluran-saluran yang terjejas, diikuti dengan operasi pusat panggilan kami. Saluran TV bersiaran semula secara berperingkat, bermula 8.30 malam dan kesemua saluran bersiaran semula pada pukul 11.00 malam. AOTG dan IPTV turut kembali seperti biasa tidak lama selepas itu. Pusat panggilan kami kembali beroperasi pada pukul 8.45 malam.

Kami bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Insiden ini sedang disiasat dan tindakan yang wajar akan diambil.

Sekali lagi, kami memohon maaf kepada semua pelanggan atas gangguan perkhidmatan yang dialami. Terima kasih atas kesabaran semua dan sebagai tanda penghargaan, kami akan membuka kesemua saluran untuk dinikmati oleh para pelanggan (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) di sepanjang hujung minggu ini iaitu dari Jumaat 29 Ogos, 6.00 petang sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam.

RATUSAN MAYAT BERGELIMPANGAN DI PANTAI

No comments :

MAYAT sekumpulan pendatang asing warga Afrika ditemui terdampar akibat lemas di pantai kira-kira 30 kilometer timur Tripoli.

Kejadian itu berlaku selepas lebih 200 pekerja asing dikhuatiri lemas apabila sebuah bot yang mereka naiki tenggelam lebih kurang sebatu dari pantai Libya ketika mereka cuba menyeberangi tanah besar Eropah.

Menurut pengawal pantai tempatan, kapal kecil yang dipenuhi lelaki, wanita dan kanak-kanak karam lewat Jumaat lalu. Abdel-Latif Ibrahim berkata, lebih 16 orang berjaya diselamatkan termasuk lima kanak-kanak.
Pengawal pantai Libya cuba mengangkat mayat mangsa yang ditemui, dipercayai lebih 200 tenggelam selepas bot kecil yang mereka naiki untuk menyeberangi tanah besar Eropah karam.

Jurucakap pengawal pantai Libya Abdellatif Mohammed Ibrahim berkata: “Beberapa batu daripada pantai, mereka menemui mayat dalam bot kayu yang dinaiki sebahagian daripada 200 pendatang asing tersebut.

“Kami berjaya menyelamatkan 16 orang dan menemui 15 mayat. Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan kerana 170 orang masih lagi hilang.”

Beliau menambah: “Difahamkan antara mereka adalah warga Somali dan Eritreans serta rakyat negara lain. Bayi berusia 18 bulan antara yang terkorban dalam kejadian malang itu.

Sekurang-kurangnya, 3,500 pendatang asing dengan 19 mayat berjaya ditemui sejak Jumaat. Kapal Sirio dari Itali berjaya menemui 18 mayat sementara 73 orang diselamatkan menggunakan rakit, lapor mStar.

Saturday, 23 August 2014

GURU HINA RAKYAT SABAH: USTAZAH NOR MASTURA SEDIA MOHON MAAF SECARA TERBUKA

No comments :
Penempatan guru-guru dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak bukan perkara baru kerana ia dilakukan sebagai sebahagian daripada integrasi nasional

Ustazah Nor Mastura bersedia meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya yang dikatakan memperkecilkan kualiti intelek penduduk Sabah dalam posting di Facebook miliknya, baru-baru ini.

Guru agama di Sekolah Kebangsaan di Tenom itu juga kesal kerana membuat komen itu yang menyinggung perasaan warga netizen, yang mana pos itu dikongsi secara meluas di rangkaian sosial.

Beliau berkata demikian kepada wakil-wakil dari Kesatuan Guru Kerajaan Sabah dalam pertemuan mereka semalam.

Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Jame Alip berkata, mereka mengumpul laporan penuh mengenai komen yang dibuat ustazah itu dalam akaun Facebook miliknya untuk diserahkan kepada Kementerian Pelajaran tidak lama lagi.

“Saya sudah memberi taklimat kepada mereka (kementerian) berdasarkan laporan awal dan akan membuat siasatan lanjut perkara itu sebelum menghantar laporan penuh kepada kementerian.

“Kementerian mempunyai prerogatif untuk membuat keputusan sama ada mengambil tindakan atau jenis tindakan yang akan dikenakan terhadap guru itu,” katanya.

Bagaimanapun, Jame menyifatkan perkara itu sebagai “bukan isu” kerana guru yang bertugas di sekolah-sekolah di Sabah masih rakyat Malaysia, tidak kira dari mana mereka datang.

“Penempatan guru-guru dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak bukan perkara baru kerana ia dilakukan sebagai sebahagian daripada integrasi nasional,” katanya.

Jame menambah bahawa “hanya 10% dan 20% guru dari Semenanjung dan Sarawak, manakala selebihnya adalah guru tempatan yang bertugas di sekolah rendah dan menengah di Sabah”. sumber

DRAMA TEBUSAN JADI INSIDEN MEMALUKAN

No comments :


CHONGQING – CHINA. Keadaan panik ketika Gong Tseng, 30, menjadikan sepupunya Cui Meng, 29, sebagai tebusan dengan pisau di leher bertukar menjadi insiden memalukan kepada dirinya apabila penonton menjerit menyuruhnya bunuh diri selepas dia melepaskan tebusan dan meletakkan pisau dileher sendiri.

Menurut Mail Online, Tseng menjadikan Meng tebusan selepas berlaku pertikaian keluarga di bandar Chongqing, di selatan China. selepas dua jam, polis berjaya memujuknya melepaskan mangsa.

Namun, tindakan Tseng mengalihkan pisau ke lehernya sendiri mengundang ejekan daripada orang ramai yang mengatakan mereka telah penat menunggu dan hanya mahu melihat drama itu berakhir.

Difahamkan, Meng dilihat membuat panggilan telefon ketika menjadi tebusan dan dipercayai menelefon datuknya untuk membantu memujuk Tseng melepaskan dirinya. Tseng akhirnya mengalah dan meletakkan senjata sebelum ditahan pihak polis, lapor Sinar Harian.

PESAWAT MAS MH70 KE TOKYO BERPATAH BALIK AKIBAT MASALAH KESELAMATAN

No comments :


Satu pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH70 yang dalam perjalanan ke Tokyo terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur pagi ini disebabkan satu masalah keselamatan yang ditemui semasa dalam penerbangan.

Perkara itu diumumkan oleh juruterbang kira-kira 50 minit selepas perlepasan, kata seorang penumpang pesawat tersebut ketika dihubungi Malaysiakini.

Pesawat itu yang menuju ke lapangan terbang Narita, Tokyo itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10.50.

Selepas mendarat, penumpang diberitahu bahawa mereka akan berlepas ke Tokyo pada jam 1.15 petang dengan menggunakan pesawat lain.

“Skrin radar (paparan laluan penerbangan di tempat duduk penumpang) menunjukkan pesawat itu membelok ke kiri, lama sebelum pengumuman tersebut.

“Saya pada mulanya keliru, tetapi ia semakin jelas apabila mereka membuat pengumuman,” kata penumpang tersebut, Victor Tan.

Laman web MAS menunjukkan bahawa penerbangan MH70 “dijadualkan semula” dan dijangka tiba di Tokyo pada jam 9.25 malam.

Laman menjejak pesawat Flightradar24 menunjukkan MH70 hanya membuat pusingan di kawasan perlepasan sebelum berpatah balik. SUMBER

Thursday, 21 August 2014

PASANGAN SUAMI ISTERI KANTOI TENGAH MALAM

No comments :

Johor Bahru – Sepasang suami isteri antara 10 suspek yang ditahan polis dalam operasi cegah jenayah sejak kerana dipercayai terbabit dalam jenayah jalanan dan pecah rumah di sekitar bandar raya ini.

Pasangan berusia 22 dan 17 tahun itu ditahan selepas sepasukan anggota polis menjalankan rondaan cegah jenayah di bandar raya ini mengesan kenderaan yang mencurigakan kira-kira jam 12.45 tengah malam 10 Ogos lalu.

Pasangan berkenaan cuba melarikan diri tetapi polis berjaya menahan mereka dan pemeriksaan dalam kenderaan menemui tiga pisau, pistol mainan, gari dan pelbagai peralatan disyaki digunakan untuk pecah rumah.

Polis turut menemui uniform Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), komputer riba dan dokumen pengenalan diri serta kad juruwang automatik (ATM) dipercayai milik mangsa mereka.

Semakan rekod kesalahan mendapati kedua-dua suspek mempunyai empat rekod jenayah dan ujian saringan air kencing mereka juga positif dadah jenis methamphetamine.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata, dengan penahanan pasangan berkenaan dipercayai dapat membantu pihaknya menyelesaikan empat kes pecah rumah di kawasan Johor Bahru Selatan.

Menurutnya, selain pasangan suami isteri itu, polis percaya menumpaskan tiga lagi kumpulan yang aktif melakukan jenayah jalanan serta pecah rumah berikutan penahanan beberapa orang berusia antara 20 hingga 30-an.

Katanya, mereka antara kumpulan penjenayah yang mendalangi beberapa jenayah pecah rumah, samun tepi jalan dan pecah kereta di sekitar Johor Bahru.

“Antara kumpulan yang berjaya ditumpaskan itu membabitkan penahanan dua lelaki dan dua wanita di Kota Tinggi dan Seri Alam, Selasa lalu.

“Satu lagi kumpulan berjaya ditumpaskan berikutan penahanan dua lelaki berusia 27 dan 28 tahun di Setia Indah, 8 Ogos lalu,” katanya, lapor Hmetro.

Wednesday, 20 August 2014

JIRAN DURJANA, MPK "LAPANG", GERAI NASI LEMAK DEPAN RUMAH DISAMAN

No comments :

18 Ogos yang lalu, gerai kecil-kecilan Noor Zariah yang dibuka betul-betul di hadapan rumahnya sendiri telah diserbu oleh pegawai Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Menurut Noor Zariah, ini bukanlah kali pertama gerainya diserbu dan dikenakan tindakan oleh MPK. Namun, kali ini dipercayai berpunca dari jirannya yang tidak berpuas hati dan terus membuat aduan kepada MPK.


Dedah Noor Zariah lagi, firasat dia kuat mengatakan jiran yang membuat aduan berkenaan adalah jirannya yang berkerja di Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA).

"Orang sini memang kenal perangai dia, sebab ada kuasa" kata Noor Zariah.

Bagaimanapun, ramai rakan-rakan Facebook menasihati Noor Zariah agar bersabar dan jangan patah semangat untuk berniaga lagi.

Kebanyakan rakan-rakan Facebook mangsa tidak menyalahkan tindakan pegawai MPK, kerana mereka hanya menjalankan tugas berdasarkan aduan orang awam. Namun, yang menjadi persoalannya ialah kenapa peniaga kecil-kecilan orang tempatan terutamanya bangsa melayu diserbu/disita berbanding dengan rumah urut, kedai-kedai yang sah-sah tak ada lesen berniaga dibiarkan beroperasi?

Apalah sangat keuntungan menjual nasi lemak sehari. Bukannya mampu kaut sampai RM3,000 dalam satu pagi. MPK terlalu 'lapang' sangat sampai sanggup ambil kes-kes kecil seperti ini berbanding dengan kes-kes besar yang melibatkan perniagaan orang cina. Ini realiti. Bukan rasis.. - My Media Hub

Sunday, 17 August 2014

SEJAM TERPERANGKAP DALAM LI,F NORA DANISH MENGAMUK DENGAN HOTEL LEGOLAND

No comments :

Kalau kami berada dalam situasi Nora Danish pun boleh naik kemarahan selepas terperangkap dalam lif tanpa bantuan daripada pihak hotel yang bertanggungjawab. Pelakon itu baru baru telah meluahkan rasa tidak puas hati beliau di Instagram.

Menurut Nora Danish beliau bersama kakaknya Nadya, Zarema Zainal isteri kepada Aidil Zafuan dan juga seorang pengawal peribadi Nedim Nazri telah terperangkap dalam sebuah lif di hotel Legoland selama sejam dan pada 30 minit pertama tiada siapa yang datang membantu.

“Selama 10 minutes my sister Nadya yang berada dalam lift itu tekan button merah baru ada orang jawab. Can you imagine??? They went for a break katanya dan tiada ganti yang jaga dan monitor? Mereka kata dah banyak kali terjadi kes sebegini!”

“Perkara ini tidak boleh dibuat mainan kerana dibuatnya orang didalam itu sesak nafas? Budak kecil? Orang tua? Dah la lift dia bising dengan lagu dan juga lampu berkelip. Memang pening la sesiapa yang stuck dalam lift, bila suruh hentikan lagu dan lampu kerana risau memeningkan my pregnant friend adn my sister yang asthma itu, mereka kata tidak boleh”

“Bodoh! Lego Hotel adalah hotel paling bahaya dan paling teruk pernah saya pergi. Bayangkan kalau ada kebakaran mmg tiada siapa yg datang selamatkan. Semua lembab,” tulisnya.

Mungkin hotel Legoland boleh jawab apa masalah sebenarnya yang terjadi sehingga kakitangan sendiri mengakui perkara ini sudah banyak kali terjadi. Jangan tunggu ada tragedi baru melatah mahu perbetulkan keadaan ya tidak? -ROTIKAYA

Friday, 15 August 2014

KEGIATAN 6 WANITA HAMIL TERBONGKAR !

No comments :

HANGZHOU – Polis di sini semalam menahan enam wanita hamil yang didakwa mencuri 300 pakaian bernilai 100,000 yuan (RM56,000) dari 11 kedai dalam masa tiga jam.

Akhbar Zhejiang News melaporkan, polis menerima laporan mengenai kegiatan wanita berkenaan daripada seorang pembantu kedai.

Rakaman televisyen litar tertutup sebuah kedai menunjukkan dua wanita hamil memasukkan pakaian berkenaan ke dalam beg plastik.

Kamera di kedai lain merakam dua lagi wanita mengandung mengalihkan pandangan pekerja kedai sementara dua rakan mereka, juga hamil, memasukkan pakaian ke dalam beg mereka.

Hasil siasatan menunjukkan wanita berkenaan juga menjalankan kegiatan mereka di beberapa bandar besar lain sebelum pulang Hunan, bandar tempat tinggal mereka, untuk menjual semula pakaian yang dicuri itu.

Seorang wanita terbabit berkata, mereka berbincang mengenai operasi mereka ketika bermain mahjong dan yakin tidak akan ditangkap kerana hamil, lapor Agensi.