Monday, 28 July 2014

AWAS! PENIPUAN DI PLUS HIGHWAY & BENGKEL KERETA DI TAMAN BUKTI TAMBUN

No comments :

  • Nama workshop: Rong Cafe
  • Lokasi Workshop: Taman Bukit Tambun seberang perai selatan. sebelum tol juru.
  • Penipuan bil-bil syarikat (bil palsu).
  • Aniaya pelanggan dengan cas harga tidak masuk akal (RM2k-6k) bagi membaiki kerosakan yang tidak munasabah.
  • Tidak keluarkan bil kepada pelanggan dengan cas >rm2,000 bagi tujuan elak tindakan KPDNHEP dengan terima bayaran tunai shj (tiada bukti).
  • Melakukan aktiviti kemalangan yang sengaja dibuat bagi tujuan membuat tuntutan insuran palsu.
  • Boleh melakukan aktiviti peras ugut bagi pelanggan yang tidak mampu bayar.



Kaedah memerangkap pelanggan :

Meronda di lebuhraya PLUS bagi tujuan mendapatkan pelanggan yang mengalami kerosakan kenderaan. Menjanjikan kos pembaikan minimum. Apabila kenderaan telah masuk bengkel, mula menekan harga yang tidak masuk akal.

Baru-baru ini seorang wanita dalam perjalanan dengan kereta melalui lebuh raya utara selatan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke kampungnya di utara secara tiba-tiba temperature kereta naik. Dalam ketakutan dan panik, dia terus berhentikan kereta di tepi jalan beberapa kilometer sebelum exit Tambun Batu Kawan.

Apa wanita itu nak buat dia bukan reti apa pasal kereta. Dia menghubungi pihak PLUS dan hanya berharap bantuan pihak PLUS. Tiba-tiba dia didatangi oleh dua orang budak melayu dengan kereta tunda menawarkan bantuan untuk memeriksa kereta tersebut. Katanya mereka dihantar oleh pihak PLUS, Setelah mendengar penjelasan mereka, Wanita tersebut memberi keizinan untuk memeriksa kereta dan budak melayu tersebut berkata kalau nak repair tak banyak. "RM300" saja termasuk kos tunda kereta.

Kemudian mereka terus menunda kereta tersebut ke bengkel yang bernama Rong Cafe yang terletak di Taman Bukit Tambun. Di bengkel itu ada seorang mekanik india yang memeriksa kereta dan menyatakan hanya sedikit sahaja kerosakan yang berlaku. Wanita tersebut menghubungi rakannya untuk menghantar dia pulang. Keesokkan harinya mekanik india di bengkel tersebut menghubungi wanita tersebut dan mengatakan keretanya dah siap dan wanita tersebut perlu membuat bayaran sebanyak RM2730! Wanita tersebut telah tertipu dan didapati ramai juga yang telah menjadi mangsa penipuan bengkel kereta tersebut.

Semoga anda diluar sana mengambil kisah wanita ini sebagai iktibar dan pengajaran supaya tidak terperdaya oleh bengkel kereta yang tidak berhati perut dan sentiasa mengambil kesempatan terutama dimusim perayaan. SILA SHARE supaya tiada lagi mangsa yang terkena.

No comments :

Post a Comment