Monday, 28 July 2014
KANTOI, FIZZ FAIRUZ TAK BAYAR HUTANG RM15,000 ?
Seorang usahawan wanita yang dikenali sebagai Linda membuat laporan polis terhadap Fizz Fairuz kerana gagal membayar semula hutang berjumlah RM15,000 yang dipinjam pada Oktober tahun lalu.
Laporan polis itu dibuat kerana itu adalah jalan terakhir dan sebelum ini Fizz pernah mencabar mangsa untuk melaporkan perkara tersebut pada pihak polis setelah pelbagai usaha dan rundingan menemui kegagalan.
“Nampaknya saya terpaksa membuat laporan polis dan mendedahkan perangai dia pada media sebab dah lama saya bertolak-ansur. Tetapi dia memberi alasan dan mengelak daripada melunaskan hutangnya,” jelas Linda kepada Harian Metro.
Menurut Linda, Fizz meminjam duit sebanyak RM15,000 untuk mengubahsuai rumah ibunya di Pahang. Namun sehingga kini, Fizz masih belum membayar lagi hutang berkenaan. Fizz juga dikatakan cuba mengelak dan memberikan pelbagai alasan.
“Saya sudah beri peluang kepadanya secara baik tetapi dia nak perkara ini diperbesarkan,” jelas Linda yang meminjamkan duit atas dasar persahabatan.
Bagaimanapun, Fizz mendakwa dia telah memulangkan semua duit itu kepada pihak ketiga yang juga rakan Lindah dan tidak mahu diganggu lagi. Namun Linda masih tidak menerima wang yang dijanjikan itu dan mengesyaki satu pakatan berlaku di antara Fizz dengan pihak ketiga lalu membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju.
Malangnya, tindakan Linda itu dikecam oleh orang ramai kerana dianggap sebagai cuba mengaibkan Fizz Fairuz di bulan Ramadhan ini.
Kecewa dengan tuduhan itu, Linda tampil menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan mengaibkan Fizz, tetapi dia hanya inginkan wangnya dikembalikan seperti mana yang dijanjikan oleh Fizz sendiri. Linda juga menjelaskan, dia telah lama bertolak ansur dan kini dia amat memerlukan wang berkenaan untuk membantu ibunya. Linda meminta orang ramai yang tidak berada di tempatnya, usahlah membuat tuduhan liar.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment