Tuesday, 22 July 2014
HOSPITAL SWASTA TOLAK TIGA BERANAK MANGSA KEMALANGAN SEBAGAI PESAKIT, RISAU BIL TIDAK DIBAYAR
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Thomas Loh meluahkan rasa kesalnya terhadap sebuah hospital swasta yang memilih kasih dalam menerima pesakit. Thomas Loh berkata, satu kemalangan motosikal telah berlaku di Jalan Pedada, Sibu. Kemalangan itu membabitkan tiga beranak , kata Loh lagi menerusi laman Facebook Sarawak Update.
Dalam kejadian itu, dia pergi ke sebuah hospital swasta yang terdekat untuk memaklumkan kejadian. Malangnya, jururawat yang bertugas menolak pesakit-pesakit terbabit dengan alasan, takut jika tiada siapa yang nak bayar bil ketiga-tiga mangsa.
Jururawat tersebut juga berkata, jika kes seperti itu, hospital kerajaanlah yang patut bertanggungjawab.
Dalam laporan itu, Thomas mengecam perbuatan hospital swasta terbabit kerana mementingkan wang daripada keselamatan pesakit. Kalau nak duit sangat baik tak payah buka hospital ! Sumber- SiakapKeli.com
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
hospital dan doktor yang tak beretika..lebih peningkan duit drpd membantu
ReplyDeletebetul saya setuju..
Delete