Sunday, 10 August 2014
KANTOI HARGA BERBEZA, GIANT TIPU PELANGGAN ?
Pasaraya Giant sekali lagi mencetuskan kebimbangan pelanggannya apabila tersebarnya dua gambar yang mendakwa Giant menipu pelanggannya.
Dua gambar yang dimuat naik oleh Eizan Amrey di laman Facebook bukanlah satu cerita yang baru. Malah perkara ini juga terjadi di pasaraya yang lain.
Puan Eizan mendakwa dia telah ditipu oleh Giant berikutan dengan harga produk yang dibayar tidak sama dengan harga yang ditawarkan di bahagian produk sejuk beku, Burger Lembu, jenama Ramly.
Dia bagaimanapun merujuk hal tersebut pada supervisor yang bertugas pada ketika itu dan malangnya jawapan yang diberikan tidak memuaskan.
"Puan buatlah aduan melalui email. Biar 1 Malaysia boleh tengok. Kalau aduan bertulis di Customer Service, susah nak dapat respon atau or lambat sangat. Puan bukan orang pertama. Kes macam ini dah terlalu banyak terjadi di Giant 1 Malaysia. Kami yang bekerja di hadapan kaunter ini yang terpaksa menanggung amarah dan makian orang ramai. Puan buat le report ye" - Supervisor Giant
Pengakuan sebegini benar-benar membimbangkan para pengguna yang berbelanja di pasaraya Giant. Apakah ini bermaksud Giant tidak pernah mengambil peduli aduan bertulis pelanggan mereka? - My Media Hub
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
TESCO pun selalu camtu
ReplyDeleteKt TESCO pun sama gak. Rasanya dah lebih 10 kali terkena kt TESCO. Kadang dah balik rumah baru perasan, takkanlah nak pergi semula. Kira juga kos minyak kereta ngan masa kita. TESCO mmg lbh banyak penipu dari segi harga niii
ReplyDeleteSaya pun pernah juga kena mcm ni. Bila nak bayar rasa mcm mahal sgt. Jadi sy terus tanya cashier dan cashier minta saya rujuk pd customer service. Alhamdulillah, setakat ni 2 kali jadi mcm ni, 2 kali saya dpt semula pulangan wang.
ReplyDelete