Tuesday 15 July 2014

5 GAMBAR FESYEN TERKINI BAJU MELAYU YANG MENJENGKELKAN

1 comment :

Dalam sedar tak sedar sudah 18 hari umat Islam berpuasa, dan pastinya ramai yang dah sediakan persalinan baju raya baharu yang akan dipakai pada pagi 1 Syawal. Baik lelaki mahupun wanita, semuanya tak mahu kalah dalam bergaya.

Seperti fesyen baju raya untuk wanita yang terdapat dalam pelbagai pilihan warna dan gaya terbaharu, begitu juga dengan trend baju Melayu untuk digayakan para jejaka di luar sana.

Jika dahulu baju Melayu hanya terdapat dalam dua pilihan iaitu baju Melayu Cekak Musang dan baju Melayu Teluk Belanga, tetapi seiring dengan kreativiti pereka fesyen, pelbagai gaya terbaharu baju Melayu telah diperkenalkan.

Antaranya, baju Melayu tanpa lengan yang didatangkan dalam pelbagai warna dan corak menarik untuk menarik perhatian pembeli di luar sana.

Bagi penulis, walaupun mungkin ada yang menggemari rekaan terbaharu baju Melayu moden ini, namun penulis lebih menyukai baju Melayu tradisional yang dirasakan lebih menarik dan segak dipakai biarpun fesyennya masih lagi kelihatan sama seperti dahulu sejak zaman berzaman lagi.

Tapi, terpulanglah pada pembaca, tepuk dada tanya selera baju Melayu yang macam mana jadi pilihan anda ya!




1 comment :

  1. Rasanya xboleh advertise dalam kategori 'Baju Melayu'. Nehru collar, butang jahit, baju panjang, tanpa poket.

    Bukan ini lebih kpd design baju Kurta?

    ReplyDelete