Monday 28 July 2014

#MH17: DATA AWAL KOTAK HITAM PESAWAT

No comments :

Kiev (Ukraine) – Data daripada kotak hitam milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine terdapat maklumat letupan berpunca daripada serangan roket yang mengakibatkan nahas pesawat penumpang itu, kata pegawai keselamatan Ukraine, semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Ukraine, Andriy Lysenko berkata, penyiasat antarabangsa mendapati data perakam penerbangan menunjukkan punca bagi kemusnahan pesawat itu akibat daripada penyahmampatan letupan roket yang besar.

Data dari kotak hitam pesawat itu dianalisa di Britain selepas ia diserahkan kepada pegawai Malaysia oleh pemberontak pro-Russia yang mengawal lokasi nahas MH17.

Kumpulan penyiasat yang mengetuai siasatan di Belanda enggan untuk mengesahkan maklumat terbaru dari Kiev, dengan menyatakan bahawa mereka ‘sedang menunggu gambaran lebih lengkap tentang apa yang telah berlaku’.
Kiev dan sekutu baratnya mendakwa kumpulan pemberontak yang menembak jatuh pesawat itu, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, lapor AFP.

No comments :

Post a Comment