Thursday 21 August 2014

PASANGAN SUAMI ISTERI KANTOI TENGAH MALAM

No comments :

Johor Bahru – Sepasang suami isteri antara 10 suspek yang ditahan polis dalam operasi cegah jenayah sejak kerana dipercayai terbabit dalam jenayah jalanan dan pecah rumah di sekitar bandar raya ini.

Pasangan berusia 22 dan 17 tahun itu ditahan selepas sepasukan anggota polis menjalankan rondaan cegah jenayah di bandar raya ini mengesan kenderaan yang mencurigakan kira-kira jam 12.45 tengah malam 10 Ogos lalu.

Pasangan berkenaan cuba melarikan diri tetapi polis berjaya menahan mereka dan pemeriksaan dalam kenderaan menemui tiga pisau, pistol mainan, gari dan pelbagai peralatan disyaki digunakan untuk pecah rumah.

Polis turut menemui uniform Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), komputer riba dan dokumen pengenalan diri serta kad juruwang automatik (ATM) dipercayai milik mangsa mereka.

Semakan rekod kesalahan mendapati kedua-dua suspek mempunyai empat rekod jenayah dan ujian saringan air kencing mereka juga positif dadah jenis methamphetamine.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata, dengan penahanan pasangan berkenaan dipercayai dapat membantu pihaknya menyelesaikan empat kes pecah rumah di kawasan Johor Bahru Selatan.

Menurutnya, selain pasangan suami isteri itu, polis percaya menumpaskan tiga lagi kumpulan yang aktif melakukan jenayah jalanan serta pecah rumah berikutan penahanan beberapa orang berusia antara 20 hingga 30-an.

Katanya, mereka antara kumpulan penjenayah yang mendalangi beberapa jenayah pecah rumah, samun tepi jalan dan pecah kereta di sekitar Johor Bahru.

“Antara kumpulan yang berjaya ditumpaskan itu membabitkan penahanan dua lelaki dan dua wanita di Kota Tinggi dan Seri Alam, Selasa lalu.

“Satu lagi kumpulan berjaya ditumpaskan berikutan penahanan dua lelaki berusia 27 dan 28 tahun di Setia Indah, 8 Ogos lalu,” katanya, lapor Hmetro.

No comments :

Post a Comment