Wednesday 27 August 2014

NGERI ! VIDEO LELAKI MASIH HIDUP SELEPAS KEPALA TERTUSUK BESI (5 GAMBAR)

No comments :

BEIJING - Nyawa masih panjang. Seorang lelaki yang sedang mengubah suai rumahnya terjatuh dan kepalanya tertusuk pancang besi di wilayah Guangxi.

Mangsa, Ho, 50, tertusuk besi sepanjang lebih setengah meter di bahagian kanan dahi serta menembusi rahang kirinya.

Doktor yang merawat mangsa juga terkejut melihat keadaan mangsa yang bukan sahaja masih hidup tetapi juga berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital.

Bagaimanapun, doktor terpaksa memanggil pasukan bomba untuk memotong sebahagian besi tersebut untuk memudahkan pembedahan rumit yang akan dilakukan pada mangsa bagi mengeluarkan besi berkenaan.

Menurut doktor, Ho bernasib baik kerana besi yang menembusi kepalanya itu tidak terkena pada oragan penting dan otak yang boleh menyebabkan mangsa mati serta merta.









Keadaan Ho semakin pulih dan mungkin dibenarkan keluar dari hospital tidak lama lagi. - Mail Online

No comments :

Post a Comment