Thursday, 28 August 2014
NGERI, KEPALA PEMANDU TOYOTA HILUX PECAH DIHIMPIT MINUMAN HEINEKEN !
Pendang: Seorang pemandu lelaki
maut dalam keadaan yang mengerikan apabila kepalanya pecah akibat
terhimpit dengan beberapa karton minuman keras yang dimuatkan dalam
pacuan empat roda Toyota Hilux selepas kereta yang dipandunya melanggar
belakang sebuah treler dalam kemalangan di KM55.7, Lebuhraya
Utara-Selatan semalam.
Dalam kejadian pada jam 5.40 pagi, anggota bomba terpaksa mengutip setiap cebiasan otak mangsa yang berusia 30 tahun berasal dari Jitra yang sudah tidak bernyawa dalam kenderaannya.
Kereta Toyota Hilux terbabit sarat dengan minuman keras Heineken dipercayai dalam perjalanan dari Alor Setar menuju ke Sungai Petani sebelum merempuh belakang treler yang membawa muatan simen dari arah yang saman.
Kereta mangsa dipercayai gagal mengelak treler simen yang tiba-tiba memasuki lorong kanan menyebabkan kemalangan tersebut. - Harian Metro
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment