Thursday, 28 August 2014

"SAYA PUNYA PASAL LAH....." - OZLYN, ISTERI JOHAN

No comments :

Pelakon Ozlynn tidak ambil pusing akan kritikan foto yang dimuat naik di laman sosial Instagram baru-baru ini yang mana menunjukkan suaminya Johan (Raja Lawak) serta anak-anak mereka sedang bersembahyang. Foto tersebut telah disalah erti oleh segelintir pihak yang mendakwa mereka sengaja bermegah dan menunjuk-nunjuk.

Bidasnya, tindakan tersebut bukanlah bertujuan mahu menujuk-nunjuk. Sebaliknya sekadar berkongsi sesuatu hal yang baik dengan pengikut-pengikut mereka.

“Kita sedia tahu yang follower ni ada banyak jenis. Ada yang mahu jadi pengikut kita sebab mereka betul-betul peminat kita dan menyokong kerjaya kita. Ada tu yang bertujuan nak berniaga. Ada juga yang stalker dan lepas tu saja nak timbulkan isu. Biasanya kalau kami dapat kritikan, kami akan respon dengan kata-kata yang baik.

“Kalau benda baik (foto tersebut) itu disalah erti, saya tak boleh cakap apa lah. Lagipun itu saya punya IG, jadi saya punya pasal lah kan… Kami tak melenting dengan kritikan itu. Bagi saya, itu perkara kecil saja. Tapi saya lebih suka kalau orang menghormati hak peribadi kita”, katanya kepada Malaysian Digest ketika ditemui pada majlis sidang media Tribute P. Ramlee, di Menara KL, semalam.

Jelas Ozlynn lagi, pada awalnya Instagram (IG) milik bersama suaminya itu diwujudkan kerana mahu berkongsi apa saja aktiviti yang mereka lakukan dan ianya hanya untuk tatapan keluarga mereka saja. Tetapi memandangkan ramai peminat yang mahu menjadi follower mereka, maka mereka mengambil keputusan untuk tidak memprivasikannya.

Justeru apa saja komen positif juga kritikan negatif dari pengikut-pengikut mereka, Ozlynn dan Johan menerimanya dengan terbuka dan mengambil pendekatan tidak melayan sesetengah pihak yang sengaja mahu mencetuskan isu berdasarkan foto-foto yang dimuat naiknya.

“Sebab saya letak nama IG kami sebagai @jozlynnhanania kerana IG itu sebenarnya untuk kami nak kongsi segala hal dikalangan keluarga, keluarga saja. Sebab itu pada asalnya IG kami itu private. Tapi bila beribu yang minta nak follow, kami pun public kan lah.

“Bila IG tu tak lagi private, beerti saya dan Johan dah sedia nak kongsikan apa saja aktiviti atau apa saja perkara peribadi yang kami rasa nak kongsi, bersama pengikut-pengikut kami. Selalunya kami kongsikan perkara yang baik-baik. Dan kalau misalnya kami dapat 500 komen, hanya 5 daripada komen itu ialah komen negatif tetapi yang lain semuanya positif. Jadi kami tak kisah sangat kalau ada yang kritik.

“Misalnya foto sembahyang tu, ada dikalangan mereka tak komen apa-apa tapi mereka tag pada suami mereka. Ada yang tag dan tulis komen, “bila mereka sekeluarga juga boleh jadi seperti keluarga kami (solat berjemaah dengan anak-anak)”. Pada kami, sekurang-kurang kami berjaya tunjukkan contoh yang baik pada pengikut-pengikut kami. Benda yangg baik kita kongsikan bersama, apa salahnya kan…”, katanya.

Sementara itu Ozlynn yang kini hamil tujuh bulan bakal muncul menerusi telemovie tribute P. Ramlee yang akan ditayangkan di TV1 tidak lama lagi, lapor Malaysian Digest.

No comments :

Post a Comment