Friday 8 August 2014

JURUGAMBAR KECEWA TUN MAHATHIR CURI FOTO HASIL SENI

No comments :

Tentu kita masih ingat beberapa keping foto seorang gadis bertudung yang diambil dari puncak sebuah bangunan demi menyatakan sokongannya terhadap Gaza.

Foto tersebut diambil oleh saudara Keow Wee Loong, jurufoto rasmi untuk MP Lembah Pantai, Nurul Izzah.

Foto-foto yang dihasilkan beliau memang mengkagumkan kerana beralatar belakangkan bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam.

Namun hari ini, beliau telah mendakwa, salah satu fotonya telah 'dicuri' atau digunakan tanpa kebenaran oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Beliau turut memuatnaik cetakan skrin dari akaun twitter tersebut.

Walaupun foto tersebut tidak digunakan untuk memperleceh atau menghina, malah memuji keindahan Kuala Lumpur, Keow Wee Loong beranggapan ianya satu perbuatan yang tidak bermoral kerana diambil tanpa kebenaran apatah lagi dari seorang yang amat hebat.

Ramai pengikut beliau menyarankan agar beliau meletakkan 'watermark' pada gambar-gambar yang akan datang.

p/s: Tun Mahathir ada akaun twitter ke? SUMBER

No comments :

Post a Comment