Thursday, 7 August 2014
KALAU DAH JODOH TAK KE MANA, NENEK KAHWIN LELAKI 30 TAHUN LEBIH MUDA
Beza usia 30 tahun tidak menjadi batu penghalang buat seorang lelaki bujang berkahwin dengan wanita berusia 30 tahun lebih tua daripadanya sebagai suri hidupnya selepas bercinta selama 6 tahun.
Mohd. Nor Rais Razali, 27, dan Fatimah Abdul Rahman, 57, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Jurunikah di Masjid Al-Khadijah, Pantai dalam jam 9.45 malam kelmarin.
Majlis yang diadakan secara sederhana itu diserikan dengan kehadiran kaum keluarga pihak pengantin perempuan.
Fatimah merupakan nenek kepada tiga cucu dan dikurniakan 3 anak berusia 21 hingga 33 tahun tidak pernah menjangkakan hubungannya dengan Nor Rais selama 6 tahun berakhir di jinjang pelamin.
p/s: tahniah.. moga kekal sampai ke jannah.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment