Wednesday, 20 August 2014

NABILA HUDA MOHON MAAF

No comments :

Sedia maklum, sebelum ini Nabila Huda merupakan seorang yang agak terbuka untuk berkongsi tentang kehidupannya. Paling ketara, selain berkongsi mengenai perkembangan aktiviti lakonannya, aktres yang mesra dengan panggil Abil ini juga tidak lokek untuk berkongsi mengenai percintaanya. Malah dia sering memuat naik foto-foto aktiviti di masa lapangnya menerusi laman sosial Instagram.

Namun semenjak dia memadamkan kesemua gambar di lnstagramnya beberapa bulan lalu, ternyata Abil kini seorang yang sangat berahsia dan enggan lagi berkongsi apa-apa tentang perihal peribadinya kecuali tentang kerjaya lakonan sahaja.

“Tiada apa yang nak dikongsikan. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya minta maaf… sila bagi soalan lain”, katanya.

Biarpun diasak dengan pelbagai pertanyaan berhubung berita dia dan bapanya, Amy Search, yang sudah kembali pulih, Nabila, 30, tetap mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Kehidupan sekarang? Alhamdulillah…”, tuturnya ringkas tatkala diajak berkongsi mengenai kehidupannya kini.

Laporan media sebeum ini menyebut pada 1 Syawal lalu, Amy Search meluahkan rasa syukur apabila Abil akhirnya telah kembali kepangkuan beliau selepas beberapa lama mereka tidak bertemu gara-gara kontroversi dan isu panas yang mengaitkan nama Abil sebelum ini. Ramai yang gembira dengan berita mengenai perdamaian dua beranak itu.

Perkembangan lain, dia bakal muncul menerusi filem biografi Allahyarham Puan Sri Saloma berjudul ‘Saloma’ arahan Melissa Saila. Nabila dipertanggungjawab menghidupkan watak biduanita negara itu.

Menurut Nabila, sejak dari awal pengarah Melissa Saila menghubunginya dan memujuknya untuk hadir ujibakat, dia cuba mencari jalan untuk menolak. Ini kerana ketika itu dia kurang yakin untuk membawakan watak biduanita kesayangan ramai itu.

Bagaimanapun, kepercayaan yang diberikan oleh pengarah iaitu Melissa Saila dianggap sebagai satu cabaran.

“Saya ni nampak saja seorang yang yakin. Tapi sebenarnya saya ada sifat rasa tidak yakin pada lakonan saya. Lebih-lebih lagi bila diberikan watak Saloma. Ia tanggungjawab sangat besar dan mencabar bagi saya. Saya sampai terfikir kalau saya tersalah langka, apa akan jadi nanti?.

“Sejak awal lagi, bila kak Lis (Melissa Saila) minta saya datang ujibakat, saya teragak-agak. Ikutkan hati meang saya tak mahu pergi ujibakat itu. Tapi saya kenangkan kak Lis yang beberapa kali menghubungi saya dan beliau sangat berarap pada saya. Semasa di ujibakat pun saya buat tidak bersungguhh-sungguh. Baca skrip pun macam nak tak nak. Miming pun berterabur. Tapi kak Lis banyak yakinkan saya yang saya boleh bawa watak ini.

“Dua minggu lepas ujibakat, saya dimaklumkan yang saya dapat watak Saloma. Saya terkejut tapi saya ambil sebagai cabaran. Saya diberi biografi Saloma dan saya buat kajian sendiri, saya tengok Youtube. Memang sukar sebenarnya sebab saya bukan lair dizaman Saloma. Saya kenal Saloma pun hanya menerusi filem-filem beliau”, katanya

Jelasnya lagi, sebagai persediaan dia banyak melakukan kajian mengenai Saloma dan merujuk kepada ahli keluarga Allahyarham untuk memastikan dia berjaya menterjemahkan watak berkenaan dengan baik.

“Di set, saya banyak mendapat tunjuk ajar daripada kak Lis dan mummy (Mariani). Mereka ajar saya lenggok menari betulkan dialog-dialog, cara bercakap dan berjalan. Tapi sebenarnya saya tak praktis sangat pun macam nak bawakan watak Saloma ni. Cuma bila saya dah pakai kostume, dah make-up, dengan sendirinya saya dapat jiwai watak itu dan rasa yang Saloma begitu dekat dengan diri saya”, katanya

Selain Nabila, filem yang bakal ditayangkan menerusi Astro First Eksklusif pada 28 Ogos ini turut menampilkan Tony Eusoff sebagai Tan Sri P. Ramlee, Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak). SUMBER

No comments :

Post a Comment