Tuesday, 19 August 2014
RITA RUDAINI DEDAH AIDIL TIDAK BERI BELANJA RAYA ANAK-ANAK
Semalam, Rita Rudaini mendedahkan kepada Kosmo! Aidil tidak memberi sebarang perbelanjaan untuk sambutan hari raya untuk anak-anak mereka dan hanya menghantar mesej bertanya khabar.
Dipetik dari Kosmo!:
“Sehingga kini dia langsung tidak memberi duit belanja atau persiapan raya untuk anak-anak. Saya bukanlah hendak berkira kerana masih lagi mampu, tetapi itu merupakan salah satu tanggungjawabnya sebagai seorang bapa,” ujar Rita Rudaini.
Rita turut mengakui dia enggan membalas mesej Aidil itu kerana terlalu geram dengan sikap ayah kepada dua orang anaknya yang bersikap melepaskan tangan & sudah lama tidak bertanya khabar.
“Saya tidak pernah halang kalau dia hendak beraya dengan Rayyan dan Qaqa, tetapi saya rasa sangat kasihan dan kerap menangis apabila mengenangkan nasib anak-anak,” dedahnya pada Kosmo!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment