Friday 15 August 2014

"TOLONG JANGAN HUBUNGI SAYA LAGI...." - KIKI #CDM25

No comments :


PETALING JAYA – Wanita yang dirakam memukul kereta seorang lelaki warga tua dengan Stering Lock, dilaporkan menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa tetapi enggan mengulas mengenai perkara itu.

Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, yang dikenali sebagai Kiki, berkata: “Tolong jangan hubungi saya lagi, saya tidak akan memberi apa-apa komen”, ketika dihubungi The Star Online pada Jumaat

Perkasa Selangor telah mengumumkan Siti Fairrah sebagai salah seorang daripada ahli baharunya dengan memuat naik gambar wanita itu sedang memegang kad keahlian dan sijil bersama-sama dengan seorang lagi anggota baharu di laman Facebook Perkasa Selangor pada Khamis.

“Setiausaha Kehormat Perkasa Selangor menyampaikan kad dan sijil keahlian Perkasa kepada dua orang ahli baharu Siti Fairrah Ashykin Binti Kamaruddin (Kiki) dan Mohd Syahidzuan Bin Samsudin di pejabat Perkasa Selangor,” tulis Perkasa di halaman itu.

Tindakan ini dibuat selepas Perkasa Selangor melancarkan dana untuk membantu ‘meringankan beban kewangan’ Siti Fairrah untuk membayar denda RM5,000 pada bulan Julai.

No comments :

Post a Comment