Sunday 28 September 2014

7 GAMBAR SARIMAH IBRAHIM SELAMAT BERTUNANG, NIKAH 2 APRIL 2015

No comments :
 
Pergh~~ Meriah, cantik dan awesome sangat-sangat majlis pertunangan Sarimah Ibrahim dan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar yang lebih mesra dengan nama Jamie. Majlis serba indah ini telah berlangsung di Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur. Sarimah kelihatan sangat cantik berseri-seri di hari bahagianya itu.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah sepakat memilih tarikh 2 April 2015 untuk melangsungkan pernikahan mereka. Menurut Sarimah;

Tempoh sembilan bulan kalau diikutkan cukup untuk kami kenal hati budi masing-masing, tapi sebenarnya untuk betul kenal seseorang, sembilan tahun belum tentu cukup kerana manusia ini sentiasa berubah.

Tapi kami senang dengan sikap masing-masing yang seterusnya membawa kepada majlis pertunangan ini malah kata putus juga disepakati untuk kami melangsungkan pernikahan yang akan diadakan pada 2 April 2015 nanti


Memang benar manusia sentiasa berubah dan tiada manusia yang sempurna. Kita berkahwin untuk melengkapkan diri dengan pasangan masing-masing. Semoga segalanya berjalan lancar buat Sarimah dan Jamie sehingga hari pernikahan kelak. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. BEAUTIFULNARA


No comments :

Post a Comment