Sunday, 14 September 2014
IZARA AISHAH JALIN HUBUNGAN DENGAN ADIK TIRI SITI NURHALIZA ?
Jika anda tidak tahu, Izara Aishah baru-baru ini telah memaklumkan yang dirinya kini sudah solo. Tiada lagi kekasih yang bertakhta di hatinya. Cintanya kini kembali untuk dimiliki. Selepas pengumuman tersebut, tup-tup nama Adib Khalid, anak tiri Siti Nurhaliza dikaitkan dengan pelakon comel tersebut. Namun Izara telah menafikan desas-desus yang bertiup kencang ketika itu dan menyatakan Adib hanya kawan lamanya.
Namun desas-desus itu kembali bertiup kencang apabila gambar di bawah ini tersebar di media sosial. Izara dan Adib kelihatan amat mesra sekali. Kalau tak tahu, mesti dah ingat pasangan kekasih dah. Kalau betul kekasih pun apa salahnya kan? Dua-dua pun nampak sama cantik sama padan. Tak gitu?
Tak sabar menanti penjelasan daripada Izara atau Adib mengenai hal ini. Mungkin mereka akan katakan yang hubungan mereka tidak lebih daripada ‘teman biasa’. Hmmm. Sama-samalah kita nantikan.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment