Monday, 1 September 2014

"WEH P***MAK KORANG ! " - RAMLI MS MAKI PEMINAT DI FACEBOOK

No comments :


SEKITAR minggu lepas, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita ‘perkahwinan sorok’ pengarah muzik terkenal Ramli M.S dan penyanyi Alyah. Berita tersebut telah menjadi viral dan perbualan semua pihak termasuk di media-media sosial.

Astro Gempak pada Jumaat lepas telah menerima e-mel daripada seorang pembaca yang memberitahu tentang pengarah muzik tersebut yang telah memaki pengikut di laman sosial Facebook.

Menurut pengirim e-mel tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai ‘L’, Ramli telah menggunakan perkataan ‘P***M*K’ terhadap pengikut laman Facebook yang memberi komen mengenai berita perkahwinannya dengan Alyah.

Kata ‘L’ lagi, seorang temannya telah memuatnaik status di laman Facebook berserta keratan berita bertajuk “Macamlah Saya Jual Dadah,” terbitan mStar Online pada Jumaat lepas.

Perkara tersebut telah mendapat perhatian daripada teman-teman Facebook yang kemudiannya bertindak memberi pandangan masing-masing.

Status teman ‘L’ itu juga telah menarik perhatian Ramli yang bertindak memaki pemberi komen: “Wei p***m*k korang!!! Korang tau ape aku ckp kat wartawan tak? Kenape nak heboh cam aku kena tangkap jual dadah? Korang buat hal korang ok!!! Hak mutlak aku.”


Selepas itu Ramli meninggalkan satu lagi komen : “Ta puas hati mai dtg jumpa aku!!!”

Sebelum mengakhiri tulisannya, ‘L’ berkata, dia tidak menyalahkan Ramli menegur pemberi-pemberi komen tersebut, cuma kurang berkenan apabila perkataan ‘p***m*k’ itu digunakan.

Bagi Astro Gempak pula, mengenali Ramli dan pendiriannya yang tidak suka kisah peribadinya dijaja, sudah tentu komen-komen tersebut menaikkan kemarahannya sehingga menyebabkan dia terlepas kata.

Walau apapun kita doakan Ramli dan Alyah hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Terdahulu dilaporkan Ramli dan Alyah telah bernikah di Batam, Indonesia kira-kira setahun yang lalu, lapor Murai

No comments :

Post a Comment