Tuesday 11 November 2014

GAMBAR ARTIS LELAKI SOLAT DI RUANG PARKIR KERETA JADI VIRAL

No comments :

Baru-baru ini tersebar sekeping gambar seorang lelaki sedang solat di ruang tempat letak kereta.


Bagi kita yang mendengarnya, pelik juga kenapa hal sebegini disensasikan. Lagi-lagi sebagai umat islam sememangnya sembahyang itu merupakan tiang agama yang wajib dilaksanakan walau di mana jua kita berada.

Rupa-rupanya menurut orang yang menyebarkan gambar tersebut, lelaki di dalam gambar tersebut merupakan artis terkenal Malaysia.

Apa lagi, mata mulalah meneropong siapakah gerangan artis lelaki yang soleh ini….


Jika dilihat menerusi gambar yang gelap ini sememangnya sukar mengecam muka artis ini, tetapi ramai pula peminat yang mendakwa lelaki di dalam gambar tersebut mempunyai susuk tubuh seakan-akan pelakon Juvana.


Hah, siapa lagi kalau bukan Zahiril Adzim yang juga merupakan suami kepada pelakon, Syera Ayob.


Rata-rata pengguna laman sosial meneka artis tersebut ialah Zahiril kerana ada yang mengenalinya dan mengetahui sifat pelakon ini yang sentiasa menjaga waktu solat meskipun sentiasa sibuk dengan jadual pengambaran yang sibuk.

Sebenarnya, kami sendiri pun tidaklah pasti gerangan lelaki tersebut. Ini beberapa ‘artis’ yang turut diteka oleh pengguna Facebook.


Tengokla bermacam-macam nama diteka sampaikan kita yang membaca nak ketawa pula. Hahaha…

Benarkah Zahiril Adzim? Tak kiralah dia atau sesiapa sahaja yang pasti inilah sifat terpuji yang harus dicontohi semua. – MYNEWSHUB

No comments :

Post a Comment