Wednesday, 5 November 2014
HUBUNGAN HANEZ SURAYA & ROMIE AKHIRNYA BERAKHIR
Mungkin ini adalah kisah terakhir tentang Hanez Suraya dan Romie atau bekas kekasihnya yang juga suami orang. Hanez mengakui bahawa dirinya sudah tidak bersama dengan Romie, namun mereka masih lagi berhubung sebagai kawan.
"Saya anggap hubungan saya dengan dia tak ada jodoh. Tetapi hubungan antara kami masih baik, tiada sebarang persengketaan yang terjadi. Saya sudah tidak mahu fikirkan. Jika selepas ini, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada, tak mengapa," jelas Hanez Suraya.
Terdahulu, Hanez Suraya dikatakan mendalami ilmu bidang perniagaan untuk jaminan masa depan selepas kontroversi yang melanda dirinya sehingga menjejaskan rezeki dan peluang untuk berlakon.
"Buat masa sekarang, biarlah semua benda berlalu dahulu. Saya sendiri dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada smeua pihak jika ada salah dan silap saya sebelum ini. Apa yang terjadi, cukuplah. Biar saya buka lembaran baru selepas ini," katanya.
Barangkali Hanez Suraya sudah merasakan dirinya hilang punca pendapatan lalu mengambil keputusan untuk menamatkan saja segala kekusutan ini dengan mengambil langkah meninggalkan Romie. Mungkin? -
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment