Sunday 13 July 2014

AWAS, CUBAAN MENCULIK KANAK-KANAK PERGI TERAWIH DI MASJID/SURAU !

No comments :

Satu salinan memo pemberitahuan mengenai kes cubaan menculik kanak-kanak di Daerah Kerian tersebar di laman Facebook.

Memo bertarikh 8 Julai yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Sukarela Keselamatan Dan Kebajikan Islam Keriak Perak tersebut diedarkan kepada semua Pengerusi Masjid dan Surau dalam Daerah Kerian.

Apa yang mengejutkan, cubaan menculik kanak-kanak itu dilakukan oleh seorang lelaki melayu dan melibatkan sebuah VAN PUTIH!

Berikut isi kandungan surat berkenaan:



CUBAAN MENCULIK KANAK-KANAK YANG DATANG KE MASJID/SURAU SEMASA SEMBAHYANG TERAWIKH

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa baru-baru ini dilaporkan terdapat 1 kes cubaan menculik kanak-kanak yang datang sembahyang terawikh di sebuah masjid di Nibung Tebal Seberang Perai Selatan. Seorang lelaki melayu dikatakan memujuk seorang budak lelaki yang berada di kawasan masjid supaya menunjuk arah ke lokasi hospital Parit Buntar dan lelaki tersebut telah membawa kanak-kanak tersebut dengan menaiki motosikal ke satu lokasi sunyi di Jalan Sekolah Parit Buntar. Walau bagaimana pun kanak-kanak tersebut telah berjaya melepaskan diri apabila menyedari bahawa beliau sebenarnya akan diculik kerana lelaki tersebut membawanya menghampiri sebuah van berwarna putih yang telah sedia menunggu.

2. P.S.K.K menyeru dan memohon agar dapat kiranya pihak tuan memaklumkan kepada kanak-kanak yang datang menunaikan sembahyang terawikh supaya berhati-hati sekiranya didatangi oleh orang-orang yang tidak dikenali serta mengikut mereka.

Sekian dimaklumkan, terima kasih

Zaharuddin Bin Mohd Ghazali
Pengerusi,
Pertubuhan Sukarela Keselamatan dan Kebajikan Islam Kerian

p/s: untuk kesahihan, sila hubungi pihak pertubuhan terbabit.

No comments :

Post a Comment