Tuesday, 22 July 2014
BALIK KAMPUNG SEMPENA AIDILFITRI BERTUKAR TRAGEDI, IBU DIBUNUH DALAM RUMAH
Kota Tinggi – Kegembiraan seorang anak pulang ke kampung lebih awal untuk menyambut Aidilfitri bersama ibu, bertukar membawa kesedihan apabila menemui wanita itu mati dibunuh dalam rumahnya di Felda Lok Heng Barat di sini, kelmarin.
Jariah Abu Bakar, 62, ditemui terbaring tidak bernyawa dengan kecederaan di kepala di ruang tamu oleh anak perempuannya yang baru tiba dari Kuala Lumpur jam 11 malam bersama keluarganya.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata, wanita itu pelik apabila ibunya tidak membuka pintu selepas beberapa kali dipanggil sebaik dia tiba bersama keluarganya.
Menurutnya, wanita itu mengintai ke dalam rumah melalui tingkap dan terkejut melihat ibunya terbaring dengan kepala berlumuran darah.
“Balai Polis Bandar Penawar menerima panggilan pada jam 12.05 tengah malam dan bertindak atas maklumat itu, pasukan anggota ke tempat kejadian.
“Berdasarkan siasatan di tempat kejadian, ibu tunggal terbabit adalah mangsa samun yang bertukar menjadi mangsa bunuh. Barang kemas dan barang berharga turut hilang dari rumah berkenaan,” katanya, lapor Hmetro.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment