Friday, 18 July 2014
#MH17: APA SUDAH JADI DENGAN MALAYSIA ?
Sudah bertahun Malaysia cuba membina imejnya sebagai “Truly Asia” atau Asia yang sebenar dan juga sebagai Harimau Asia.
Sekarang negara ini menghadapi tragedi dan masalah baru dan meletakkan dirinya terkenal di seluruh dunia yang sukar untuk ditolak – negara bencana penerbangan atau the ‘nation of airline disasters’, lapor media antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ).
Awal pagi Jumaat semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercakap kepada rakyat melalui media dan disaksikan oleh dunia, sambil berkata: “Ini adalah hari tragik, yang sudah menjadi tahun tragedi untuk Malaysia.”
Kehilangan sambung menyambung untuk Penerbangan Malaysia (MAS) – MH370 yang hilang pada 8 Mac dan belum ditemui sehingga kini dan sekarang MH17 yang ditembak di Ukraine menyebabkan jumlah kehilangan atau kematian 537 orang – mengejutkan dan menyedihkan Malaysia.
Tidak ada sesiapa yang berkata kehilangan kedua-duanya mempunyai kaitan antara satu sama lain tetapi masing-masing menggelengkan kepala dengan apa yang berlaku ini, lapor WSJ.
“Sangat susah untuk bertanya, apa yang berlaku kepada kita?” tulis bekas editor sebuah akhbar Datuk A Kadir Jasin dalam blognya semalam.
“Mengapa kita mengalami terlalu banyak perkara buruk dan tragedi dalam suasana yang sangat cepat pula,” tulis Kadir.
Tambah beliau,”Saya bimbang ramai antara kita yang jadi kebas dan tidak boleh lagi menunjukkan emosi. Namun hati kita masih berdoa untuk keluarga penumpang dan anak kapal MH17.”
Kekecewaan menyebabkan ramai rakyat Malaysia bertanya apakah nasib mereka sudah berubah, lapor WSJ.
“Saya fikir ramai yang masih terkejut,” kata pengkaji Ibrahim Suffian.
“Mereka masih mencari jawapan, bagaimana ia boleh berlaku. Mereka masih belum berpengalaman dan merasai kemusnahan atau tragedi sebegini,” kata Pengarah Merdeka Center itu sebagaimana dilaporkan WSJ.
Kehilangan dua pesawat dalam masa kurang dari lima bulan tidak pernah berlaku kepada mana-mana syarikat penerbangan.
Suasana dalam setiap kes menyebabkan kehilangan ini lebih trauma lagi, lebih-lebih lagi MAS yang menjadi simbol negara.
Pesawat MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang 8 Mac lalu dengan 239 orang diatasnya.
Penyiasat percaya ia terhempas ke dalam Lautan Hindi, tetapi tidak ada sebarang tanda pasawat ini ditemui dan ia menjadi misteri terbesar dalam sejarah penerbangan di zaman moden.
Kekeliruan dan salah urus pada peringkat awal pencariannya mencemarkan nama baik Malaysia kerana ia menjadi perhatian seluruh dunia.
Pada Khamis, pesawat MH17 bersama 298 penumpang dan anak kapal ditembak jatuh di timur Ukraine oleh peluru berpandu darat ke udara di kawasan konflik antara kerajaan Ukraine dengan pemberontak yang disokong oleh Rusia.
Oh Ei Sun, seorang rakyat Malaysia dan kini adalah fellow kanan di S Rajaratnam School of International Studies di Singapura berkata, Malaysia sudah lama cuba untuk mengambil jalan tengah untuk mengelakkan diri dari memihak kepada mana-mana kuasa besar yang bertelingkah seperti antara Amerika Syarikat dan Rusia.
Katanya, sudah sampai masanya Malaysia mempertimbangkan polisi tidak memihak dalam konflik dunia ini.
“Kita cuba untuk berkawan dengan semua orang tetapi dengan kejadian semacam ini, kita tidak boleh membantu tetapi harus berfikir kadang-kadang kita perlu menilai siapa kawan kita dan siapa yang dapat bersama kita,” katanya sebagaimana dilaporkan WSJ, dipetik TMI.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Habis inilah akibat tak ikut suruhan Allah. Toksah buat2 tak tahu atau kata takda kaitan dgn Allah.
ReplyDelete