Friday 18 July 2014

#MH17: DUA ANJING & 9 EKOR BURUNG DALAM KARGO PESAWAT

No comments :


Kuala Lumpur – Dua anjing peliharaan dan sembilan burung termasuk empat merpati antara yang terdapat dalam kargo pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine.

Menurut kenyataan MAS, kargo pesawat itu turut mengandungi pelbagai barangan kurier termasuk peralatan helikopter, barangan horikultur, barangan perubatan, bunga palsu, produk kegunaan harian, penapis, tekstil serta mel pos.

Selain itu, ia mengandungi bagasi yang mengandungi barang peribadi penumpang pesawat malang itu dengan kesemua barangan dalam kargo itu adalah seberat 9,885.4 kilogram.

Selain dihantar ke Malaysia, sebahagian besar barangan kargo itu akan dihantar ke negara-negara lain seperti Filipina, Vietnam, Australia dan India.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang, termasuk 15 anak kapal adalah dalam

perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, lapor Bernama. IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI MH17 DI SINI

No comments :

Post a Comment