Monday, 21 July 2014

#MH17: SAYU, ANTARA BARANG-BARANG PERIBADI MANGSA PESAWAT

No comments :

Sehingga kini dilaporkan sebanyak 196 mayat nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 telah berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat antarabangsa.

Kesemua mayat yang dikumpulkan itu kemudiannya telah dialih ke lima gerabak kereta api yang dilengkapi peti sejuk untuk menempatkan mayat-mayat tersebut.

Selain gambar-gambar menyayat hati kematian tragis 283 penumpang dan 15 anak kapal ini, barang-barang peribadi yang turut dibawa bersama oleh sebahagian penumpang MH17 turut menyimpan seribu satu kisah yang pastinya meruntun hati kita yang melihatnya.

Antaranya terdapat buku katalog percutian di Bali dan Lombok, Indonesia yang pastinya mahu dijadikan sebagai rujukan oleh mangsa-mangsa MH17 yang tidak berkesampaian sampai ke destinasi yang dituju.

Selain itu, barangan elektronik seperti komputer riba juga turut ditemui dengan kesan pecah serta beg-beg ‘backpack’ milik mangsa yang telah dikumpulkan di satu tempat di sekitar lokasi nahas di timur Ukraine, Donetsk.

Seperti yang kita juga sedia maklum, seramai lebih kurang 80 mangsa MH17 terdiri daripada kanak-kanak, dan tidak hairanlah banyak buku-buku kanak-kanak selain anak patung yang ditemui di antara barang-barang peribadi yang dibawa penumpang penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terbabit. – MYNEWSHUB





No comments :

Post a Comment