Wednesday, 30 July 2014
PUNCA KEJADIAN MENGELUARKAN ASAP DI TANAH PERKUBURAN ISLAM JALAN AMPANG !
Kuala Lumpur – Disangkakan kubur mengeluarkan asap namun kegemparan yang berlaku hanya seketika apabila ia sebenarnya cuma dahan pokok yang terbakar dan jatuh menimpa beberapa kubur di tanah perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini, semalam.
Sorang saksi Othman Abu, 48, berkata dia dan keluarganya datang ke tanah perkuburan itu kira-kira jam 9.20 pagi kerana ingin menziarahi pusara ibu mentuanya namun terkejut kerana mendapati tiga kubur yang jaraknya dianggarkan 20 meter dari kubur mentuanya itu mengeluarkan asap.
“Saya pergi lihat dan saya dapati pokok tersebut sudah hangus dijilat api serta dahan-dahan pokok tersebut turut tumbang dan menghempap dua kubur,” katanya.
Othman memberitahu dia bersama dua lagi orang awam cuba memadamkan api di pokok itu sebelum merebak ke kawasan lain dan beberapa minit kemudian tiba bagi mengawal api di kawasan kubur berkenaan serta membersihkan dahan yang menghempap kubur itu.
Menurutnya, tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kubur lain.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada sampah yang dibakar secara terbuka yang dipercayai dilakukan sejak kelmarin.
“Apabila api kecil tidak dipadamkan maka ia boleh merebak sehingga menyebabkan sebatang pokok hangus dijilat api serta dahan pada pokok itu tumbang,” katanya ketika dihubungi. - myMetro
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment