Wednesday, 16 July 2014

UPDATE: 2 GAMBAR WAJAH UNCLE MANGSA #CDM25 & KESAN HENTAKAN STEERING LOCK

No comments :

Warga emas yang menjadi mangsa buli seorang wanita pemandu kereta Peugeot CDM25 ketika kemalangan di tempat letak kereta di Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada Isnin yang lalu tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Kiki Kamaruddin. Malah dia bersedia memaafkan wanita itu.

Pesara kerajaan, Sim Siak Hong, 68, dia hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu namun tidak melaporkan kelakuan ganas Kiki terhadapnya meskipun telah diminta oleh pihak berkuasa berbuat demikian.

Dipetik dari laman Harian Metro,



"Saya menganggap dia bertindak demikian mungkin didorong perasaan marah kerana saya melanggar keretanya.

"Walaupun trauma dengan kejadian itu saya tetap memaafkannya dan berjanji tidak akan melaporkan tindakan kekerasannya kepada polis malah dia juga sudah memohon maaf kepada saya," katanya

Betapa untungnya wanita yang bernama Kiki. Bagaimanapun orang ramai diminta menghentikan serangan terhadap Kiki berikutan kedua-dua pihak telah pun bermaaf-maafan.-METRO

No comments :

Post a Comment