Tuesday, 15 July 2014

UPDATE: AKAUN FACEBOOK PALSU " GADIS PEUGEOT CDM25 "

No comments :


PETALING JAYA - Akaun Facebook, dipercayai palsu diwujudkan pihak tertentu ekoran rasa tidak puas hati pengguna laman sosial yang menonton video seorang perempuan melemparkan kata-kata kesat terhadap seorang lelaki tua yang secara tidak sengaja melanggar kereta mewahnya.

Akaun FB yang menggunakan nama Kiki Kamaruddin dibuka pada Rabu, kira-kira pukul 8 pagi, sehari selepas video ‘Peugeot CDM25′ tersebar di internet dan menimbulkan kemarahan orang ramai.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati akaun FB sebenar Kiki dikatakan telah ditutup.

Menerusi akaun FB palsu yang dibuka dengan gambar logo Peugeot dan gambar kecil Kiki, ia tetap dihujani pelbagai komen negatif, seolah-olah menjadi tempat untuk melepaskan geram serta kemarahan mereka terhadap perempuan di dalam video tersebut.

Rata-rata pengguna tidak bersetuju dengan tindakan agresif dan cara dia menyelesaikan kemalangan kecil yang membabitkan keretanya dan sebuah lagi kereta yang dipandu seorang lelaki berumur.

Mereka berpendapat apa yang dilakukan Kiki sebagai biadap dan tidak menghormati orang tua.

Seorang pengguna, Afrina Zulqarnaen memberikan komen dan nasihat panjangnya kepada Kiki menerusi FB palsu ini, barangkali dengan harapan mesejnya dapat dibaca empunya badan.

“Fikirlah kak yang mana baik,yang mana buruk. Setiap orang mesti ada buat kesalahan, tapi tindakan akak tu macam orang yang tak ada akhlak. Mana pergi sifat malu akak sebagai perempuan?

“Pak cik tu orang tua, hormat la sikit walau tengah marah. Akak pun dah besar, cakap guna akal fikiran, jangan cakap ikut perasaan. Tindakan akak tu keterlaluan sangat. Fikirlah kak…jangan bangga sangat apa yang kita ada sebab Allah SWT akan tarik balik apa yang kita ade,” tulisnya.

Selain menerima kritikan akibat tindakan kasarnya, penampilan bertudung Kiki turut disentuh.

“Sebagai wanita bertudung memang sepatutnya kita menjaga akhlak. Sebab orang akan menilai kita dari luaran.

“Tudung tu melambangkan agama. Sekarang ni krisis agama menjadi-jadi kalau perangai macam tu, apa agama lain anggap agama kita. Mesti hilang hormat dengan agama kita kan dan perkataan mcm ni akan keluar “NAMA JE PAKAI TUDUNG TAPI PERANGAI MENGALAKAN HARIMAU”…..suka tak ayat tu?,” Juitah Juie memberi komen.

Sementara itu, ada juga pengguna yang menggesa supaya produk keluaran Kiki diboikot.

Difahamkan, dia menceburi perniagaan pakej perkahwinan dan dikenali ramai.

Di sebalik kemarahan ramai, terdapat juga pengguna yang lebih tenang dengan menyuruh Kiki berjumpa dengan lelaki tua tersebut dan meminta maaf, lapor mStar.

Setakat pukul 12 tengahari, sebanyak lima ‘posting’ telah ditulis di dalam FB yang tidak diketahui siapa pemilik sebenarnya dan telah mendapat hampir 2,000 ‘like’.

Antara ‘posting’ yang ditulis ialah:

“What is this?? Akak yang buat salah, marahkan tudung. Suruh tak payah pakai tudung pulak?

“Korang yang maki akak, akak pulak dapat dosa! and i find this offensive!.

No comments :

Post a Comment