Monday 14 July 2014

UPDATE: KONSTABEL DICULIK SEMPAT HUBUNGI ISTERI, BERITAHU KINI DALAM TAWANAN

No comments :

KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan Konstabel Zakiah Aliep menghubungi isterinya, Sharifah Erna Berson, malam tadi.

Dalam perbualan singkat itu, Zakiah dilaporkan memberitahu isterinya dia kini berada dalam tawanan kumpulan penculik bersenjata, namun tidak menyatakan lokasi dia berada.

Zakiah, 26, sebelum ini dilaporkan hilang sejurus selepas serangan hendap kumpulan bersenjata di sebuah resort terapung di Pulau Mabul di perairan Semporna, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, rakan setugasnya Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terbunuh susulan tembakan rambang dilepaskan oleh kumpulan lapan suspek terbabit.

Sharifah Erna Berson, 23, berkata sejak mendapat tahu insiden menimpa suaminya, dia berdoa supaya Zakiah selamat dan dapat pulang menyambut Aidilfitri bersama anak mereka, Mohd Hisyam Izzuddin ketika ditemui di rumah mereka di Taman Nilam, di sini - BERITA HARIAN

No comments :

Post a Comment